>>>>>

Kesal Kerana Mesin ATM Tak Keluarkan Wang, Wanita Ini Terakam CCTV Membongkar Mesin ATM

Seorang wanita yang kesal kerana tidak boleh mengambil wangnya dari mesin ATM, tiba-tiba saja membongkar paksa mesin ATM tersebut dengan tangan kosong. Wanita yang tidak diketahui namanya tersebut melakukan aksi ganasnya itu di Mall Shilong Jingshawan di Dongguan, Provinsi Guangdong, China pada 16 Oktober 2014 lalu.

Dari rakaman kamera CCTV, terlihat wanita tersebut beberapa kali menarik kad ATM-nya dan gagal mengambil wang. Lalu tiba-tiba, ia pun cuba membongkar mesin ATM tempat ia ingin mengambil wang tadi dan mesin pun terbelah dan terbongkar hingga sejumlah komponennya berhamburan keluar.

Screenshot rekaman CCTV wanita berbaju oranye merosak mesin ATM

Melihat itu, sejumlah pengunjung pun hanya boleh menonton dan tidak ada yang berani menegur wanita tadi. Hingga akhirnya, tiga orang pegawai keselamatan datang ke pusat keramaian tadi dan juga tidak berani melakukan tindakan apa pun.

Wanita tadi baru mengaku kepada polis bahawa ia kesal selepas ia dibawa ke pejabat polis untuk dimintai keterangan. Ia sudah beberapa kali cuba menarik wang tapi tidak berjaya sehingga ia memutuskan untuk membongkar mesin ATM tersebut.

Kebelakangan ini diketahui, mesin ATM yang dirosakkan oleh wanita tadi merupakan mesin ATM yang sudah tua dan bahkan sedang mengalami kerosakan sehingga tidak boleh berfungsi dengan baik. Namun malangnya, tidak ada tanda pengumuman apa pun di dekat mesin ATM tersebut.
(Daily Mail)
0 Komentar untuk "Kesal Kerana Mesin ATM Tak Keluarkan Wang, Wanita Ini Terakam CCTV Membongkar Mesin ATM"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info