>>>>>

Gara-Gara Diejek ‘Kecil’, Lelaki Potong Alat Sulit Sendiri


Tindakan lelaki ini boleh disifatkan sebagai dangkal. Hanya kerana diejek memiliki kemaluan kecil oleh bekas kekasihnya, Oliver Ilic memutuskan untuk melakukan ‘pembedahan sendiri’ dengan memotong kemaluannya.
Namun, tidak lama kemudian, dia yang berusia 22 tahun terpaksa menghubungi pasukan paramedik kerana gagal untuk menghentikan pendarahan.

Al kisahnya, lelaki Macedonia itu mengambil keputusan untuk memotong alat sulitnya kerana bekas teman wanitanya berkata, dia gagal memberi kepuasan maksima di ranjang.



Ujar lelaki itu kepada pasukan paramedik yang datang menyelamatkannya, kelelakiannya tercabar dan dia menyalahkan saiz penisnya yang kecil.

Oliver tepaksa diusung keluar dari rumah dalam keadaan berlumuran darah di bahagian seluar. Paramedik kemudiannya menemui alat sulit lelaki tersebut di dalam tong sampah setelah dipotong menggunakan pisau cukur.

Lain kali, kalau nak mengambil sesuatu tindakan, fikir dahulu masak-masak. Nah, sekarang kan dah menyusahkan diri sendiri?

0 Komentar untuk "Gara-Gara Diejek ‘Kecil’, Lelaki Potong Alat Sulit Sendiri"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info