Para tawanan itu dibekalkan dengan senjata tajam kemudian dikerah ke gelanggang yang disediakan untuk bertarung sesama sendiri. Prinsip membunuh atau dibunuh berlaku di sini. Petarung yang bertahan akan dijadikan tukang pukul.
Kejadian ini terbongkar apabila beberapa kuburan besar ditemui dengan lebih dari 400 mayat di dalamnya dalam beberapa bulan lepas.
Sebuah sumber yang terkait dengan perdagangan narkotik mengaku sudah mendengar tentang kegiatan kejam itu. "Kekejaman itu sudah mencapai tingkat maksima bahkan para gangster pun mulai muak dengannya," kata sumber itu.
Seorang perwakilan penguatkuasaan undang-undang di Durango, tempat pertemuan salah satu kubur terbesar di Mexico, mengatakan, "Jika informasi itu benar, mereka benar-benar telah gila”.
Wilayah sempadan Mexico digempur pihak berkuasa dan mengistiharkan perang terhadap Gulf dan Zeta, iaitu kartel yang dibentuk pada tahun 1990-an oleh bekas tentera dan pecahan dari Gulf.
Semenjak tahun 2006, sekurang-kurang 5,300 penduduk Mexico hilang. Saksi menyatakan melihat mereka diambil begitu saja dari bas-bas oleh gengster.
"Kami tidak pernah lagi mendengar khabar berita dari mereka yang hilang. Mereka seperti ditelan bumi," kata Reina Estrada, yang kehilangan hubungan dengan suaminya yang pergi ke perbatasan Mexico-Amerika Syarikat atas urusan perniagaan pada Mac 2009.
"Ramai orang hilang begitu saja, banyak yang lenyap secara berkelompok. Tetapi tidak ada tuntutan wang tebusan," kata seorang aktivis hak asasi manusia di negara Coahuila yang bersempadan dengan Texas, Amerika Syarikat.
Beberapa mangsa penculikan dipaksa membunuh orang. Ada yang ditemukan tergantung di jalan. Sementara itu sebahagian besar dari 200 mayat ditemukan di kubur di negara Tamaulipas ,kelihatan dibunuh dengan kejam atau dibakar hidup-hidup.
Satu laporan dari akhbar Houston Chronicle, menyebut, berdasarkan pengakuan dari seseorang , "Orang tua dibunuh. Wanita muda diperkosa. Sementara orang muda dan produktif diberi senjata , golok, dan tongkat dan dipaksa bertarung sampai mati."
Pada Disember 2006, ketika kekerasan terus meningkat, Presiden Mexico Felipe Calderon, mengerahkan tentera bertindak memerangi kumpulan tersebut. Tindakan itu dikecam kerana membuatkan kumpulan itu bertindak lebih nekat.
0 Komentar untuk "Gambar Gambar Keganasan Dan Kekejaman Kartel Dadah Di Mexico"