>>>>>

3 Gambar : Tangan Hancur Kerana Main Mercun



Rompin: Seorang murid tahun tiga hancur pergelangan tangan kirinya ketika bermain mercun di rumahnya di FELDA Keratong 1, Muadzam Shah, dekat sini, petang tadi.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang tadi menyebabkan pergelangan tangan murid berkenaan hancur apabila mercun yang dipegangnya meletup sebelum sempat dibalingnya. Ibu mangsa berusia 30-an yang mendengar jeritan anaknya segera keluar ke depan rumah sebelum melihat murid berkenaan terbaring.





Mangsa yang parah di pergelangan tangan kiri segera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan susulan sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. - Harian Metro
0 Komentar untuk "3 Gambar : Tangan Hancur Kerana Main Mercun "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info