>>>>>

Wanita Ini Di Penjara Kerana Memperkosa Seorang Lelaki



Dalam kes ini, awalnya si lelaki berinisial MO itu baru tiba dari pangsapuri 18th Avenue SW dan tertidur keletihan di kamarnya pada 16 Jun 2013 lalu, kira-kira pukul 22.00 waktu tempatan.

Kemudian Chantae Gilman yang baru pulang dari sebuah pesta ulang tahun, masuk ke dalam bilik MO lalu memperkosanya. Ketika itu, lelaki berusia 31 tahun tersebut tertidur nyenyak dan tak sedar ia sedang menjadi objek wanita 26 tahun itu.

MO baru tersedar pada 17 Jun 2013 awal hari, 4 jam kemudian atau sekitar pukul 02.00 waktu tempatan, dan mendapati Gilman sedang berada di atas tubuhnya. MO pun bangun dan menghalau wanita itu dari biliknya. Namun Gilman melawan dan memintanya untuk diam.

Setelah berusaha keras, MO kemudian berjaya melepaskan jeratan Gilman. Lelaki itu terus bergegas ke Hospital Harborview Medical Center untuk pemeriksaan tubuhnya dari ancaman penyakit seksual. Selepas itu, ia melapor ke polis. Gilman pun diperiksa.

Kepada polis, Gilman yang kelihatan layu seperti memakai ubat-ubatan mengaku dirinya tidak merasa memperkosa MO. Dia juga mengaku tak pernah ke pangsapuri MO. Tapi setelah melalui penyelidikan panjang, akhirnya polis menemui bukti bahawa wanita itu benar-benar memperkosa MO.

Berdasarkan hasil pemeriksaan, seperti yang dilaporkan oleh Examiner, didapati bahawa ada DNA Gilman di tubuh MO. Penemuan itu baru didapatkan baru-baru ini.

Polis baru menahan Gilman pertengahan Ogos lalu. Dia didakwa melakukan pemerkosaan tahap dua dengan keadaan mangsa yang tidak berdaya saat diperkosa. Sebelumnya Gilman diketahui pernah menjalani pemulihan atas ubat-ubatan dan gangguan kejiwaan. Dia diketahui mengidap bipolar disorder dan penyakit jiwa lain.

Sebelumnya perempuan tersebut juga mempunyai rekod jenayah pada 2006 dan 2008 Wanita beranak dua itu saat ini dilaporkan tengah hamil dua bulan. Hal itu ia ungkapkan langsung melalui Facebook-nya.
0 Komentar untuk "Wanita Ini Di Penjara Kerana Memperkosa Seorang Lelaki"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info