>>>>>

Penumpang Panik Pesawat Di Penuhi Asap

rsz_smoke_inside_plane

CALIFORNIA – Penumpang pesawat JetBlues dari Long Beach, California ke Austin, Texas pada Khamis lalu cemas apabila kabin tiba-tiba dipenuhi asap sehingga menyebabkan mereka terpaksa memakai alat bantuan oksigen pernafasan.

Kejadian cemas pesawat yang membawa 142 penumpang itu dirakamkan oleh penumpang yang menunjukkan kebanyakan mereka kelihatan keliru dengan apa yang berlaku termasuk kedengaran kanak-kanak menangis.

Bagaimanapun, kesemua penumpang selepas itu diminta bertenang oleh juruterbang memandangkan pesawat itu yang mengalami kerosakan enjin telah bersiap sedia untuk membuat pendaratan kecemasan.
Sementara itu, pelakon Twilight, Jackson Rathbone yang berada dalam pesawat itu turut merakamkan beberapa gambar kejadian tersebut dan memuat naik di laman Twitter lapor sumber Metro.

Seorang jurucakap lapangan terbang Long Beach, Cassie Perez-Harmison berkata, juruterbang mengisytiharkan kecemasan dan menggunakan sejenis bahan pemadam apabila kokpit menerima amaran enjin pesawat itu panas.
0 Komentar untuk "Penumpang Panik Pesawat Di Penuhi Asap"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info