>>>>>

Pasar Kecoh, Lelaki Hidap Ebola Merayau Kelaparan



LIBERIA – Seorang pesakit wabak Ebola mengejutkan orang ramai yang mengunjungi sebuah pasar apabila dia merayau-rayau di kawasan berkenaan bagi mencari makanan sebelum dikejar dan ditangkap sekumpulan lelaki yang memakai pakaian khas.

Keadaan itu menyebabkan kekecohan di pasar tersebut yang terletak di Monrovia

Rupa-rupanya lelaki berpakaian khas itu mengejarnya untuk dikuarantinkan di hospital, dalam usaha membendung penularan Ebola yang semakin buruk di negara Afrika berkenaan.

Lelaki yang kelaparan itu kemudiannya dimasukkan ke dalam ambulan milik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Situasi ini sekali gus membuktikan bahawa Ebola telah menyebabkan kehidupan penduduk miskin di negara itu semakin terhimpit.

Selain melumpuhkan ekonominya, ia juga menyebabkan jualan barang makanan semakin meningkat.

Lebih buruk apabila apabila syarikat penerbangan membatalkan penerbangan ke negara terbabit, manakala pintu sempadan juga ditutup.

Setakat ini lebih 1,500 penduduk di Liberia, Sierra Leone, Nigeria dan Guinea sudah meninggal dunia.
0 Komentar untuk "Pasar Kecoh, Lelaki Hidap Ebola Merayau Kelaparan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info