SUSULAN gambar seksi Lana Nodin yang tersebar di internet baru-baru ini, ramai yang membuat andaian pelakon itu sudah kembali ke perangai lamanya yang gemar bersosial.
Untuk makluman, gambar tersebut dimuatnaik oleh temannya, Stephanie Liah menerusi akaun Instagramnya.
Terkejut dengan kontroversi yang menimpa Lana, Stephanie memohon maaf atas perkara itu dan memberitahu bahawa ia sebenarnya gambar lama, memetik laporan Berita Harian.
“Saya tak sangka dan terkejut gambar yang dimuat naik di laman Instagram itu mengundang kontroversi. Saya sudah memadamkannya. Ia hanya salah faham dan jelas sekali di setiap gambar yang dimuat naik saya letak hashtag throwback.
“Jadi kerana merindui saat bersama, saya muatkan naik gambar itu. Malah ketika bertemunya, saya mengakui begitu rindu untuk bersosial dengannya. Tetapi dia cakap pada saya sudah memperlahankan sisi sosialnya kerana baru mengerjakan umrah tahun ini,” katanya.
Sementara itu, Lana berkata, dia bukanlah budak-budak untuk mengulangi kesilapan lalu.
“Saya tak pernah cakap akan berubah drastik tetapi akan perlahan-lahan menjadi orang yang lebih baik daripada sebelumnya. Kalau saya nak berubah, saya tak akan pukul canang dan biarlah ia antara saya dengan Tuhan.
“Tapi saya bukan jenis manusia hipokrit. Saya masih bersosial tetapi ada batasnya. Setakat bertemu teman dan lepak ataupun meraikan hari lahir teman serta berkaraoke di kelab hiburan itu juga dianggap negatif, saya tak boleh berbuat apa-apa,” jelasnya.
Diharap selepas ini, ia dapat dijadikan pengajaran oleh selebriti yang lain supaya tidak lagi berkongsi gambar yang ‘kurang manis’ untuk tatapan peminat.
Oleh MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Lana Nordin – ‘Bukan Budak-Budak Untuk Ulang Kesilapan’"