>>>>>

Lelaki Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan 54kg Di Buah Zakar



LOS ANGELES – Seorang lelaki yang menderita kerana memiliki buah zakar bersaiz luar biasa selamat menjalani satu pembedahan bagi membuang ketumbuhan seberat 54 kilogram (kg) tersebut, lapor MailOnline kelmarin.

Lelaki tersebut, Dan Maurer, 39, yang berasal dari Battle Creek, Michigan, Amerika Syarikat disahkan menghidap sejenis penyakit yang dipanggil scrotal lymphedema yang menyebabkan salah satu buah zakarnya membesar.

Pembedahan tersebut yang berlangsung selama 14 jam dilakukan di Universiti California pada Khamis lalu dan keadaan Maurer dilaporkan stabil.

Kisah Maurer, 39, menjadi sensasi di internet selepas dia memuat naik beberapa video yang memaparkan penderitaannya dan mengutip derma bagi membiayai pembedahan tersebut yang berjumlah AS$20,000 (RM64,841).

“Dia kini selamat dan sedang menjalani pemulihan di hospital berkenaan.

“Maurer kini tidak sabar melakukan perkara yang tidak boleh dilakukannya dahulu seperti bermain jet ski dan melancong,” kata ibunya, Connie. – Agensi
0 Komentar untuk "Lelaki Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan 54kg Di Buah Zakar"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info