Riyadh:
Seorang lelaki dipercayai warga Saudi meletakkan seorang bayi di dalam
periuk yang penuh dengan sayur-sayuran sebelum menggunakan sudip untuk
mengacau peiuk berkenaan.
Sambil mengacau dia berkata: “Ini yang akan kami makan malam ini.”
Rakaman
video itu yang disiarkan media tempatan menujukkan bayi itu yang hanya
berusia empat bulan, dimasukkan ke dalam periuk itu dan kemudian ditutup
sebelum di tempatkan di atas dapur.
Kemudian kedengaran suara seorang wanita yang menyuruhnya berhenti berbuat demikian.
Akhbar Sabq
yang melaporkan kejadian itu bagaimanapun tidak menyebut di mana rakaman
itu dibuat dan tidak dapat dipastikan sama ada lelaki itu bergurau atau
serius.
Bagaimanapun, pembaca mengecam tindakan lelaki itu serta menggesa pihak berkuasa menjejaki dan menghukumnya.
Seorang pembaca menulis: “Hati
sebahagian besar manusia kini sudah keras seperti batu. Semoga Allah
tidak mengampunkan dosanya.” - Agensi
0 Komentar untuk "Lelaki Arab Buat Lawak Bodoh Cuba Rebus Bayi Sebagai Makan Malam"