>>>>>

Jepun Kekurangan Pelakon Lelaki Dalam Filem Lucah


Pekerjaan ini biarpun tidak memerlukan kelayakan akademik baik atau sebarang pengalaman kerja, namun ia jijik dan aib pada pandangan moral masyarakat. Ironi, kekosongan jawatan bagi pekerjaan sebagai pelakon filem lucah di Jepun amat besar tetapi petugas dalam sektor ini pula amat sedikit. Demikian luahan seorang aktor ternama filem lucah negara ‘Matahari Terbit’ itu yang popular dikenali sebagai Shimiken baru-baru ini.

Menerusi akaun laman sosial Twitter dirinya, Shimiken berpengalaman luas dalam membintangi lebih daripada 7,000 buah filem lucah mendakwa, industri pornografi Jepun kini berhadapan kekurangan besar pelakon lelaki berbanding nisbah pelakon wanita yang cukup ramai. Katanya: “Setakat ini dianggarkan hanya ada 70 aktor lucah di serata Jepun. Bilangan ini amat kecil dibandingkan dengan jumlah harimau belang di seluruh dunia.”

Kenyataan jujur Shimiken itu menerima reaksi luar biasa daripada para pengikutnya dengan lebih 3,000 kali tweet sehingga mencetuskan perdebatan di laman maya berhubung berapakah jumlah ideal tenaga pelakon yang cukup untuk menampung industri filem lucah Jepun. “Ada lebih 10,000 aktres filem porno dengan kira-kira 4,000 video lucah terbaharu dikeluarkan setiap bulan, tetapi jumlah aktor yang aktif amat sedikit,” tegas Shimiken.

Kekurangan bilangan pelakon lelaki itu memaksa mereka terpaksa bekerja keras lebih masa melayani ribuan pelakon wanita dan membintangi seberapa banyak filem lucah yang mendapat permintaan tinggi di Jepun bahkan dieksport ke pasaran seluruh dunia. “Setiap hari saya mesti jumpa muka aktor yang sama dan lihat nama serupa dalam skrip. Kami amat kurang bintang lelaki, paling sikit daripada harimau Bengal sendiri,” rintih Shimiken.

Dia yang hairan dengan situasi itu mendakwa, kekurangan tersebut menjadi misteri walhal pekerjaan mereka mendapat peluang prospek yang cerah kerana mereka hanya mempamerkan kehebatan aksi batin secara fizikal semata-mata. Masalah jurang besar itu amat berbeza dengan pekerjaan lain di Jepun apabila jumlah pekerja lelaki jauh paling ramai mengatasi wanita sehingga membimbangkan Perdana Menteri, Shinzo Abe sendiri.

Pemimpin kerajaan Jepun itu malah berikrar akan memastikan 30 peratus daripada jawatan kanan dalam pentadbiran beliau diisi oleh golongan wanita menjelang tahun 2020. Bagaimanapun, seorang penulis kolum terkenal akhbar bahasa Inggeris berpengaruh The Japan Times, Brian Ashcraft dalam ulasannya baru-baru ini meragui maklumat yang dinyatakan Shimiken sebagai mungkin boleh dipertikaikan dan angkanya itu kurang munasabah.

Katanya yang pernah menulis satu artikel berhubung isu pelakon filem lucah di Jepun beberapa tahun lalu, dakwaan Shimiken barang kali lebih kepada psikologi untuk menarik ribuan remaja lelaki menceburi bidang sebagai aktor pornografi sepenuh masa secara profesional. Ulas Ashcraft, saban tahun dianggarkan kira-kira 6,000 remaja perempuan lepasan sekolah di Jepun menjadi aktres lucah dengan menerima pelbagai tawaran lumayan.

Masyarakat Jepun amat terbuka dalam isu pornografi sejak sekian lama termasuk penerbitan bebas bahan bacaan lucah dikenali manga dan animasi berbentuk anime. Setiap tahun, rakyat Jepun turut menyambut festival zakar terbesar disebut Kanamara Matsuri pada hari Ahad pertama bulan April di bandar Kawasaki yang turut menarik jutaan pelancong asing dengan matlamat utama untuk mempromosikan amalan seks secara sihat.

Dalam pada itu, kenyataan Twitter oleh Shimiken yang membandingkan jumlah pelakon lelaki lucah negara itu dengan bilangan harimau Bengal mendapat perhatian badan pemuliharaan alam sejagat, International Union for Conservation of Nature (IUCN). Mereka menganggarkan terdapat 2,500 ekor harimau belang itu di seluruh dunia, namun jumlah sebenar Pak Belang direkodkan secara rasmi hanya sekitar 250 ekor sahaja. ─ Amreeahama.com
0 Komentar untuk "Jepun Kekurangan Pelakon Lelaki Dalam Filem Lucah"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info