SEKUMPULAN murid dari sebuah sekolah ditemui berlumuran darah di bilik guru seni selepas dipukul oleh salah seorang guru berkenaan.
Menurut DailyMail, guru yang dikenali
sebagai Lei Mingxing itu dipercayai masih bersembunyi di hutan
berhampiran Ankang, wilayah Shaanxi kerana diburu polis.
Guru Besar sekolah yang hanya mempunyai 22 murid itu ternyata terkejut dengan tindakan guru terbabit.
“Ketika saya melalui bilik guru
berkenaan saya terdengar murid-murid itu menangis. Apabila saya ke bilik
guru itu, alangkah terkejutnya apabila terlibat murid-murid itu berada
di atas lantai dengan berlumuran darah,” katanya.
Menurutnya, guru seni itu berkhidmat di
sekolah itu sejak bertahun-tahun adalah seorang yang baik dan tidak
pernah melakukan sebarang tindakan ganas.
Kini, polis melancarkan gerakan
besar-besaran untuk memburu seorang guru berkenaan selepas mencederakan
empat murid hingga patah tulang tengkorak dengan menggunakan buku teks.
Sejurus kejadian itu, kesemua kanak-kanak berkenaan dikejarkan ke hospital di Ankang.
Sementara itu, Ketua Polis Deng Mingshan
yakin pemburuan guru tersebut bakal berakhir selepas anggota penyiasat
dapat menjejaki kenderaan guru berkenaan yang melalui sebuah kawasan
hutan.
0 Komentar untuk "Cikgu Mengamuk Belasah Murid Dengan Buku Teks Sampai Patah Tulang Tengkorak"