pelukis wanita asal Inggeris Elle Kaye yang baru berusia 22 tahun. Cabang seni yang digeluti Elle terbilang hanya sedikit yang menggelutinya, iaitu taxidermy.
Bagi anda yang ingin tahu, taxidermy adalah sebuah cabang kesenian di mana haiwan-haiwan yang sudah mati dipelihara dan dijadikan pajangan seperti diorama yang dipamerkan di muzium-muzium.
Umumnya hal ini dilakukan dengan cara mengeluarkan daging dan organ haiwan yang sudah mati, kemudian kulitnya dipelihara dan diisi dengan kapas atau benda lain untuk mendapatkan bentuk asal haiwan.
Elle Kaye menjadi perhatian banyak orang bukan hanya kerana cabang seni yang diceburinya, namun dirinya juga mengambil daging haiwan mati yang hendak ia jadikan karya seni.
"Bagi saya, itu adalah pilihan dan gaya hidup," kata Elle.
"Saya senang melakukan kitar semula daging haiwan yang telah mati. Hal ini sangat penting kerana saya menyokong taxidermy, "ucap wanita yang belajar seni di Universiti Loughborough, United Kingdom.
Elle gembira memakan daging haiwan seperti arnab, tupai, rusa, dan burung. Jika daging segar maka Elle tidak ragu untuk memakannya dan membuang organ serta sisa daging yang sudah busuk.
Bukan cuma daging bangkai, kulit sisa haiwan yang dimakannya itu akan dibuat karya seni seperti perhiasan yang unik ataupun pakaian dari kulit haiwan.
Biasanya haiwan yang dagingnya dimakan oleh Elle adalah berasal dari haiwan yang mati kerana sakit atau kemalangan kenderaan di jalan raya.
Menurut Elle tindakannya itu bijaksana kerana dengan begitu ia memastikan nyaris semua bahagian badan haiwan yang mati akan bermanfaat.
0 Komentar untuk "Pelukis Cantik Ini Hobinya Memakan Bangkai Binatang"