Seorang lelaki masih hidup walaupun kepalanya ditembusi pancang besi
yang terjatuh ketika dia mengubah suai rumahnya di wilayah Guangxi
baru-baru ini, lapor MailOnline kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ho, 50, tertusuk besi sepanjang
lebih setengah meter di bahagian kanan dahi dan menembusi rahang kirinya
baru-baru ini.
Ketika kejadian, Ho sedang mengubah suai rumahnya apabila tertusuk pancang besi tersebut.
Beberapa doktor yang merawat lelaki itu berkata, mereka terkejut melihat
mangsa bukan sahaja masih hidup tetapi berada dalam keadaan sedar
ketika di bawa ke sebuah hospital di wilayah ini.
Doktor-doktor terpaksa memanggil pasukan bomba untuk memotong sebahagian
besi itu sebelum membuat satu pembedahan rumit bagi mengeluarkan objek
daripada kepala mangsa.
Seorang doktor berkata, Ho bernasib baik kerana besi itu tidak mengenai
otak atau organ penting lain yang mungkin boleh menyebabkan mangsa mati.
"Keadaan pesakit kini semakin baik dan dia mungkin dibenarkan keluar dari hospital tidak lama lagi," katanya. - Agensi
0 Komentar untuk "Lelaki Masih Hidup Selepas Kepala Tertusuk Pancang Besi "