Hei.. tahukah anda? Haiwan juga boleh menjana pendapatan yang lumayan.
Seekor kucing yang mempunyai ekspresi wajah yang 'muram' atau 'merajuk'
menjadi haiwan yang menerima pendapatan sebanyak 1,000 pound bersamaan
dengan RM5,238 sehari dengan penglibatannya dalam iklan dan rancangan
televisyen.
Kucing yang dikenali sebagai Grumpy Cat itu berjaya memperolehi kontrak
iklan makanan kucing Friskies berjumlah 300,000 pound (RM1.57 juta).
Bertuah betul pemiliknya, Tabatha Bundesen. Tak perlulah dia bekerja
dengan sesiapa lagi. Kerja jaga kucingnya saja dah memberi pulangan yang
lumayan.
Seekor lagi kucing, Bronte di Rugby, Britain pula menerima bayaran 1,000
ke atas sehari juga terbabit dalam beberapa projek iklan.
Menurut pemiliknya, Caroline Bailey, Bronte tidak akan bangun dari
katilnya jika bayaran yang diberikan tidak memenuhi syarat-syarat
berkenaan yang ditetapkan oleh wanita itu termasuk bayaran serta
kemudahan haiwan comel tersebut.
Bronte mula popular selepas terlibat dalam iklan smartphone yang
disaksikan lebih 5 juta penonton di YouTube. - (Laporan asal di Utusan
Malaysia)
0 Komentar untuk "Kucing Jana Pendapatan Lebih Rm5 Ribu Sebulan Melalui Iklan"