gambar hiasan |
KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang bekerja sebagai pelayan di sebuah
pusat hiburan menjadi mangsa kerakusan anaknya sendiri apabila dia
dirogol remaja berusia 15 tahun di rumah mereka di kawasan perumahan
OUG, Cheras, awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, ketika
kejadian, mangsa yang berusia 44 tahun itu, baru pulang dari tempat
kerjanya dan dipercayai mabuk.
“Mangsa tersilap masuk ke dalam bilik
anaknya dan apabila tersedar dia mendapati tubuh anak lelakinya yang
berusia 15 tahun berada di atas badannya dalam keadaan bogel.
“Atas nasihat jiran, mangsa
bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa,” katanya
kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka IPPK di sini, hari
ini. Beliau berkata, remaja tersebut juga ditahan dan polis akan
mendapat perintah reman hari ini.
Khairi turut memberitahu, siasatan awal mendapati, remaja
berkenaan terangsang selepas menonton video dan gambar lucah di dalam
telefon bimbitnya.
“Polis masih menunggu laporan perubatan daripada hospital
berhubung kejadian terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3)
Kanun Keseksaan kerana perlakuan sumbang mahram,” katanya, lapor ABN
News.
0 Komentar untuk "Ibu Mabuk Dirogol Anak Sendiri"