PETALING JAYA: Penyanyi
rock negara Amy (Search) sudah merestui hubungan cinta anaknya, Nabila
Huda dengan kekasih walaupun pernah meluahkan rasa kurang berkenan
terhadap lelaki itu.
Amy
atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyifatkan lelaki tersebut
(yang enggan didedahkan identiti) seorang yang bertanggungjawab kerana
sanggup berdepan dengannya memohon maaf atas kesilapan dahulu, selain
turut menjernihkan hubungannya dengan Nabila.
"Sebenarnya saya tidak pernah menyekat mana-mana lelaki yang ingin berkawan dengan Nabila kerana itu pilihannya.
"Walaupun pernah marah dengan kekasih Nabila, tetapi jauh di sudut hati, saya tidak berdendam.
"Cuma
saya bersyukur kerana dia seorang yang bertanggungjawab, berani
berdepan dengan saya dan kerana dia juga hubungan saya dan Nabila,
Alhamdulillah, kembali jernih," katanya kepada mStar Online.
Foto keluarga yang dimuat naik di Instagram milik Amy (Search).
Terdahulu,
hubungan Amy dan Nabila dikatakan renggang gara-gara penyanyi itu
menegur anaknya di laman Instagram dengan nada yang kasar berhubung
gambar aktres itu bermesra dengan kekasihnya ketika bercuti di luar
negara.
Dalam
pada itu, Nabila juga dikatakan sudah lama tidak bertemu bapanya itu
dan tidak beraya bersama mahupun di sebelah ibu, sebaliknya pelakon
berbakat besar itu mengambil kesempatan bercuti dan beraya di negara
jiran, Singapura.
Bagaimanapun,
pada sambutan Hari Raya pertama Isnin lalu, Amy telah berkongsi gambar
dia sekeluarga di Instagram dengan meletakkan status syukur kerana
akhirnya dia dan Nabila sudah berbaik semula.
Sementara
itu, kata Amy, walaupun pelbagai dugaan yang dilalui dalam keluarganya,
dia yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
"Apa
yang telah berlaku sebelum ini menjadi satu pengajaran buat saya
mahupun Nabila. Alhamdulillah, moga kebahagiaan ini kekal akhir hayat,"
tuturnya.
Sumber: Mstar.com.my
0 Komentar untuk "Amy Search Restu Hubungan Cinta Nabila Huda.."