>>>>>

Suarez Mohon Maaf Dan Akui Sengaja Gigit Chiellini



Luis Suarez mengaku silap dan memohon maaf secara terbuka kepada 'mangsa gigitannya', Giorgio Chiellini.
Penyerang Uruguay itu akhirnya mengakui sengaja menggigit pertahanan Itali dalam perlawanan kontroversi itu walaupun sebelum ini berkata muka secara tidak sengaja terlanggar pemain itu sehingga meninggalkan lebam kecil... dan meninggalkan kesakitan kepada giginya.

Tindakannya itu mendorong FIFA menjatuhkan hukuman pergantungan serta-merta dan denda.

Bagaimanapun dalam satu surat terbuka mengenai insiden itu, Suarez menjelaskan, "Selepas beberapa hari duduk di rumah bersama keluarga, saya berkesempatan untuk mendapatkan ketenangan dan memikirkan apa yang berlaku semasa perlawanan Itali-Uruguay pada 24 Jun 2014.


Berbeza dengan berbagai perbalahan dan perbezaan pendapat yang timbul beberapa hari terakhir, yang semuanya tanpa bermaksud mengganggu penampilan hebat pasukan kebangsaan saya, teman saya Giorgio Chiellini menderita secara fizikal kerana gigitan di saat jatuh bersama saya. Disebabkan itu:

- Saya sangat menyesali dengan apa yang sudah terjadi.
- Saya meminta maaf kepada Giorgio Chiellini dan seluruh bola sepak.
- Saya berjanji kepada semua bahawa saya tidak akan melakukan insiden seperti ini lagi.

Montevideo, 30 Jun 2014.

Malah kedua pemain sudah pun bermaafan di Twitter.
0 Komentar untuk "Suarez Mohon Maaf Dan Akui Sengaja Gigit Chiellini"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info