Pelanggan kafe ini disajikan dengan minuman yang menyerupai darah yang disediakan dalam beg darah.
Pelayan kafe terbabit memakai baju seperti doktor dan jururawat menyajikan minuman berwarna merah seperti wain merah, kola ceri dan jus anggur hitam di dalam yang direka menyerupai beg darah.
Lebih menarik, kafe terbabit direkabentuk dengan dinding batu-bata menyerupai bilik bawah tanah yang dihuni drakula, lengkap dengan sebuah keranda, buku dan muzik berkaitan pontianak bagi menaikkan suasana di kafe berkenaan.
Minuman seperti kopi, air mineral dan jus buah yang mempunyai warna lain akan dimasukkan pewarna merah sebelum disajikan bersama beg khas berkenaan.
Setiap beg berkenaan juga ditandakan dengan empat kumpulan darah, membolehkan pelanggan memeriksa ‘jenis darah’ mereka. Kini kafe tersebut mendapat sambutan hangat oleh pengunjung.
0 Komentar untuk "Pelik..!! Minum Darah di Cafe Pontianak "