>>>>>

Bertengkar Seminggu Sekali Menjadikan Hubungan Suami Isteri Semakin Teguh

MUMBAI: Pasangan suami isteri disarankan bertengkar sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan usia perkahwinan mereka berkekalan, lapor satu kajian.
Tinjauan pendapat yang dilakukan laman web perkahwinan dan Lembagai Penyelidikan Pemasaran India (IMRB) menyatakan pasangan yang bertengkar sekali dalam seminggu menunjukkan mereka masih berkomunikasi secara terbuka dan tidak hanya mendiakan diri ketika menahan marah.
"Pertengkaran membantu merapatkan hubungan antara pasangan dan memulihkan salah faham yang sering terjadi. Pertengkaran adalah amat penting di dalam sesuatu hubungan kerana ia akan menjadikan ikatan antara mereka semakin teguh," lapor laman web itu yang dipetik dari portal berita inilah.com.
p/s: pelik.. kajian apa tah.. haha
0 Komentar untuk "Bertengkar Seminggu Sekali Menjadikan Hubungan Suami Isteri Semakin Teguh"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info