FILIPINA – Sebuah majlis pengebumian bertukar menjadi kecoh apabila
bayi perempuan yang telah disahkan meninggal dunia itu secara
tiba-tibanya bernyawa kembali.
Seorang bayi perempuan berusia 3 tahun yang sepatutnya dikebumikan
pada jam 1.00 petang yang lalu, sedar dari ‘tidurnya’ ketika diletakkan
di dalam keranda.
Sebelum itu, bayi berkenaan telah disahkan meninggal dunia selama
24 jam pada sabtu, 12 Julai. Ibu bapanya kemudian membawa mayat bayi
mereka ke Gereja Aurora, Zamboanga untuk upacara pengebumian.
Menjadi persoalan orang ramai, mengapa ibu bapa bayi ini membuat
keputusan untuk mengebumikan anak mereka selepas bayi mereka disahkan
meninggal dunia selepas 24 jam? Adakah doktor yang mengesahkan bayi
mereka tidak bernyawa? Atau mereka memandai-mandai sendiri?, lapor My
Media Hub.
0 Komentar untuk "Bayi Hidup Semula Ketika Majlis Pengebumian"