>>>>>

Wanita Ini Menjadi Sensasi Di Media Sosial Kerana Berpakaian Seksi Agar Jualannya Laku


Seorang peniaga haruslah berfikir kreatif agar jualannya laku, khususnya seorang peniaga pakaian. Di Pasar pasar dimana pun, kita kerap tersenyum sendiri mendengar celotehan lucu peniaga agar pakaian jualannya laku. Kerana bila hanya mempamerkan pakaian yang dijual di boneka manekin, maka akan sukar laku kerana kerasnya persaingan.

Seorang wanita Cina yang menjalankan sebuah kedai pakaian dalam berpose dan mundar-mandir mempamerkan bra dan seluar dalamnya seperti manekin untuk menarik minat para pembeli.



Screenshot aksinya pada bahagian pertama

Wanita yang digelar sebagai "the lingerie woman" ini mendadak menjadi pusat pehatian di pasaran di Fengrun Daerah Bandar Tangshan, Provinsi Hebei. Salah seorang pengunjung mengatakan bahawa wanita penjual pakaian tersebut amat percaya diri dan seolah-olah benar-benar tenang berjalan-jalan dengan pakaian yang minimum walaupun banyak pengunjung penasaran berhenti untuk mengambil foto dirinya.


Screenshot aksinya paad bahagian kedua. Ia menukar lingerienya selepas jam makan tengah hari


Tak dapat dielakkan, foto dan video mengenai aksi panasnya ini mendadak menjadi sensasi di China khususnya di jejaring sosial Weibo. Beberapa netizens menyatakan hormat mereka untuk sikapnya, mengatakan bahawa ia telah mencapai tahap tertinggi perkhidmatan runcit dengan mengutamakan pengalaman belanja pelanggan. Namun, kerana keberanian yang luar biasa itu, beberapa pengulas bergurau bertanya-tanya apakah dia akhirnya menjual pakaian kerana ia kehilangan pekerjaannya di sebuah daerah lampu merah.

(Weibo, China News)

0 Komentar untuk "Wanita Ini Menjadi Sensasi Di Media Sosial Kerana Berpakaian Seksi Agar Jualannya Laku"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info