>>>>>

Tips Untuk Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan



Alhamdulillah , 2 hari lagi kita bakal menjalani ibadah puasa pada tahun 2014 ini . Tahun ini nampaknya ramadhan yang panas tersangat , El Nino kan ? Semoga kita dapat jalani dengan baik dan lancar .P.Malam kali ini mahu berkongsi tips kekal sihat di bulan ramadhan , insyaAllah semoga bermanfaat .




Tips 1: Sahur 

Bulan puasa ni, semestinya kita sering berasa penat kan? Bila malam je, lepas Terawih, kita balik rumah tu kalau dah baring atas katil pasti terlelap dengan sekelip mata. Sampai ada yang terlajak watu untuk sahur. 

Sebaiknya, sebelum tidur tu 'set alarm' dulu, atau ingatkan kat keluarga atau kawan untuk kejutkan kita bangun sahur pagi nanti. Bila dah bangun tu, mesti mamai kan? Kadang-kadang dah bangun dah, tapi mamai dan mengantuk punya hal, tak jadi nak sahur. Rugi! 

Sekurang-kurangnya, kita jamahlah beberapa biji kurma dan minum susu kalau ada. Sebab, antara kelebihan berpuasa adalah dengan sahurnya. Lambatkan sedikit waktu sahur tu, tapi kalau kita tengah mamai dalam mengantuk tu, memang susah nak tau lambat ke tidak kan? Jadi makan sahaja sahur yang ada. Sahur ni juga untuk memberi kita kekuatan dan tenaga di siang hari, walaupun kita sahur hanya dengan sebiji kurma. 

Kalau tak dapat sebiji kurma dan susu, minum air kosong pun memadai. Asalkan kita bersahur, jangan tinggal sahur tau! Besar fadhilatnya, pahala kita dapat, kesihatan pun terjaga. 

p/s: Lepas sahur tu, jangan tidur terus. Kalau nak tidur juga, jangan lupa bangun untuk Solat Subuh pula! 


(Segelas susu dengan kurma membawa kesihatan dan tenaga untuk kita)

Tips 2: Mandi 

Selepas sahur tu, ada baiknya kita terus mandi. Mandi sebelum Azan Subuh ni fadhilatnya besar. Antaranya, ia dapat menyegarkan badan kita. Ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita. Saraf-saraf dalam otak akan lebih aktif untuk bekerja. 

Kulit kita pula akan menjadi lembut dan halus, cantik dan menawan. Orang kata, awet muda! Orang tua-tua dahulu kala, ramai yang sihat-sihat, badan tegap, rupa paras cantik, menawan. Sebab apa? Sebab mereka sering mengamalkan petua ini lah! Mandi diawal pagi, sebelum Subuh. 

Tapi, kalau kita sahur lambat dan tak sempat nak mandi sebelum Subuh, tak mengapa. Mandi lepas Subuh pun baik juga tidak menjadi masalah. Cuma kena jaga-jagalah, jangan sampai terminum air pula ketika mandi tu... 


Tips 3: Belajar atau Bekerja 

Di siang hari, ramai dari kalangan kita akan bekerja dan belajar bagi para pelajar. Biasanya kalau bekerja dan belajar dalam bulan Ramadhan ni, pasti kita cepat penat dan terasa lemah. Macam mana nak kuatkan semangat tu semula? Ada! Ada caranya... 

Kalau kita penat, kita rehatkan diri sebentar. Contoh, bagi para pelajar, kalau penat dengar cikgu mengajar di depan kelas, kita cakap dekat cikgu suruh 'take 5'. Lepastu, bolehlah bangun dari tempat duduk, berlegar-legar seketika atau keluar dari kelas untuk menyedut udara segar. 

Bila dah rasa segar semula, bolehlah teruskan pelajaran semula! 


Tips 4: Qailullah (Tidur sebelum solat Zohor) 

Qailullah ni merupakan Sunnah Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Zaman dulu, orang arab pada zaman Nabi, mereka akan tidur sebentar sebelum masuknya waktu Zohor. Waktu yang baik untuk tidur ni, ketika matahari sedang tegak diatas kepala iaitu sekitar jam 12 tengah hari hingga sebelum Azan Zohor berkumandang. 

Bagi yang belajar atau bekerja, bolehlah curi sedikit masa untuk tidur. Tak perlu pergi jauh-jauh, tak perlu cari tempat baring dan bantal, cukup sekadar dalam kelas atau dalam pejabat kita. Tundukkan kepala ke meja, dan lelapkan mata seketika. Tidur ni baik untuk membangkitkan semula tenaga dalam badan kita. Orang kata, 'refresh'. 

Lagi pula, tidur dalam bulan Ramadhan kan juga dikira pahala. Takkan cikgu dan boss kita nak marah kalau kita tidur kejap. Kejap je kan? Jangan terlajak tidur sampai kena marah sudahlah! 

Bila dah dekat Zohor tu bolehlah bangun dan pergi tunaikan Fardhu Zohor. 

(Tidur macam ni tau!)

Tips 5: Riadhah (bersukan) 

Bersukan? Argh... penatlah! Pasti ramai yang berfikiran sebegitu kan? Tapi ada baiknya kita bersukan ni. Namun tak semestinya bersukan ni kita kena main bola sepak, jogging atau berlari 4x100. 

Kita boleh gantikan sukan yang biasa kita buat dengan sukan yang lebih ringan. Contoh, kita biasa berjogging di bulan lain. Dalam bulan Ramadhan ni, kita jogging juga lah. Masa nak balik dari tempat kerja atau tempat belajar tu, jangan turun guna lif. Cuba lalu ikut tangga, turun tangga sampai tingkat bawah atau tingkat yang kita mampu. Itu pun dah memadai untuk menggantikan jogging yang sering kita buat di bulan lain tu. 

Kalau tempat kerja atau belajar kita tak ada tangga atau kita bekerja di tempat yang rendah je, bolehlah jalan kaki balik rumah. Atau, balik naik kenderaan, bila dah sampai rumah kita cuba buat 'jalan ayam' sikit di hadapan rumah kita. Kalau keluar peluh sikit tu, dah bagus dah. Boleh masuk rumah dan rehat. 

Boleh juga kita bersukan dengan membantu mak atau ayah kita memasak dan menyediakan juadah berbuka. Yang ni lagi bagus, dapat pahala lagi tu! 


Tips 6: Membaca 

Membaca, ramai yang malas membaca di negara kita ni sebenarnya. Sebab tu ramai dikalangan kita kurang berkembang pemikirannya. Jadi, eloklah kita gunakan bulan Ramadhan ni sebagai pemangkin untuk kita merajinkan diri membaca. 

Bacalah!! Bacalah!! Bacalah!! Itulah wahyu pertama yang diturunkan kepada Baginda Rasulullah SAW, ribuan tahun yang lalu. Tapi tak ramai dari kita yang rajin membaca. 

Bacalah apa sahaja asalkan ia membawa faedah. Lebih afdhal bagi kita untuk membaca Al-Qur'an. Lebih afdhal lagi kalau kita berjaya khatamkan Al-Qur'an dalam Ramadhan kali ini. Masa yang sesuai untuk membaca adalah ketika kita telah penat belajar dan bekerja. Dalam pejabat atau kelas tu, kalau penat bukalah buku atau Qur'an. Baca dalam hati pun jadi. 

Pun bagus, kalau kita membaca bacaan yang dapat membuka minda kita. Sebagai contoh, membaca di blog ini. Dalam ni kan banyak artikel yang menarik dan membuka minda kita, bacalah! 

Satu waktu lagi, selepas Solat Asar, pun bagus untuk kita membaca. Luangkan masa beberapa minit untuk membaca apa sahaja seusai Solat Asar. 

(Hanya dengan mengingat ALLAH, hati akan tenang!)

Tips 7: Berbuka 


Sebelum Azan Maghrib dikumandangkan, mohonlah ke Hadrat Ilahi agar kita dilimpahkan KurniaNYA dan dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yang akan datang serta diberi kesihatan yang baik. Sebab, antara waktu yang makbul untuk berdoa adalah beberapa saat sebelum Azan Maghrib ketika hendak berbuka puasa. 

Bila azan dah dikumandangkan, capai buah tamar atau buah kurma dahulu. Afdhal berbuka dengan kurma, sesuai dengan sunnah Nabi SAW. Dalam banyak-banyak buah kurma, kurma Ajwa adalah yang paling disukai oleh Nabi kita. Lepas kunyah kurma walaupun sebiji, minumlah air. Air apa sahaja asalkan halal, tapi lebih baik minum air kosong. 

Sebab mengapa kita perlu makan kurma dahulu adalah kerana buah kurma itu terletak padanya 1001 kebaikan untuk kesihatan kita. Takkan kita nak beri perut kita makanan yang boleh membawa penyakit selepas seharian kita berpuasa? Ye tak? Jadi makanlah kurma dahulu sebelum makan makanan yang lain ketika berbuka! 

(Inilah Kurma Ajwa, kurma kegemaran Nabi SAW)
Tips 8: Jangan Membazir! 

Berbuka tu jangan membazir. Ambil yang kita mampu habiskan sahaja! Makan sekadar mengisi 1/3 perut sudah memadai. Kalau kita sumbat perut kita penuh-penuh, pasti nanti malas nak Solat Maghrib, malas nak Solat Isyak, Terawih apatah lagi... 

Ada baiknya, kita berbuka dengan buah kurma, minum air, kemudian makan sedikit kuih, dan terus tunaikan Solat Maghrib. Lepas solat, baru kita sambung makan nasi atau makanan berat. Kalau kita melantak dulu baru nak pergi solat, pasti kita akan mula mencari helah untuk meninggalkan solat, sebab perut sudah penuh, mata dah mengantuk, badan dah berat untuk bergerak... 

(Agaknya, kalau kita berbuka buffet di Hotel atau restoran, kalau mereka hidangkan lauk macam ni untuk berbuka, apa reaksi kita ya? hehe)

Tips 9: Terawih 

Ha! Yang ni best sikit. ALLAH SWT beri kita kelebihan dalam Ramadhan, itulah Terawih. Sebab apa? Sebab masa inilah kita dapat beriadah, bersukan dan bersenam. Tak percaya? 

Kalau kita tak sempat bersenam atau beriadhah disiang hari, boleh lah kita beriadah dengan tenang dimalam hari. Datang ke masjid atau surau berdekatan, tunaikan Terawih berjamaah. Dalam sedar tidak sedar, badan kita akan terasa segar dan terasa seperti diregangkan ketika kita berTerawih. 

Pahala pun dapat, kesihatan pun terjaga! Jadi, jangan malas-malas untuk Terawih ya! 8 Rakaat pun boleh, 20 Rakaat lebih banyak pahalanya... 


Tips 10: Tadarus 


Tadarus pula adalah waktu yang terbaik untuk kita perbaiki bacaan Al-Qur'an kita. Kalau selama ni kita perasan bacaan kita dah cukup baik, cubalah ikut tadarus. Mungkin ada kesilapan membaca Qur'an yang kita tak sedar selama ini. 

Disamping dapat membaiki bacaan, telinga kita, otak kita, mata kita juga akan sihat. Sebab apa? Sebab, ketika bertadarus, pasti kita akan memberi tumpuan kepada Al-Qur'an Al-Kareem yang ada didepan mata kita. 

Ketika itu, mata akan terfokus kepada Qur'an dan ia seakan-akan rekreasi untuk mata kita. Telinga kita pula akan berehat seketika. Berehat daripada mendengar lagu-lagu keduniaan, umpat-mengumpat, ejek mengejek. Ya lah, sebelum ni asyik dengar orang kutuk mengutuk je, telinga pun nak rehat juga. Jadi baik dengar orang mengaji, ye tak? 

Otak kita pula pasti akan 'refresh' kembali. Sambil dengar orang lain baca Qur'an, otak akan memproses ingatan lama. Otak akan mencari dan mengingat kembali tentang hukum-hukum Tajwid yang lama kita tinggalkan. Masa ni lah otak akan berlegar dengan pantas!! 


Tips 11: Tidur! 

Lepas tadarus, balik rumah. Boleh tidur! Tidur ni untuk merehatkan badan kita. Sebelum tidur, ambil wudhuk, baca doa tidur dan tidur dengan elok. Sebelum tu, jangan lupa set alarm untuk bangun Tahajjud dan sahur! 

Tidur awal adalah tidur yang baik. Cukup tidur, maka cukuplah tenaga untuk kita. Ok lah, saya pun dah mengantuk, masa pun dah lewat. Nak tidur dahulu. Nanti ada masa kita sambung lagi ya! 


Selamat beramal, Selamat berpuasa... Salam untuk semua! 
** SHARE JIKA ANDA RASA ARTIKEL INI BERMANFAAT ,TQsumber
0 Komentar untuk "Tips Untuk Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info