>>>>>

Didie Alias Selamat Lahirkan Anak Ke Enam



KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Didie Alias telah selamat melahirkan bayi lelakinya pada jam 3.35 pagi tadi di Pusat Pakar Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Wajah ceria pelakon era 80an bersama anaknya itu telah dikongsi bersama oleh laman rasmi HLive.

Ini merupakan anak pertama buat Didie, 41 dan suaminya, Norisham Ismail sejak mendirikan rumah tangga kali kedua pada 2009.

Pelakon yang terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia, sebelum ini telah dikurniakan lima orang anak hasil perkahwinan pertamanya, lapor Astro Awani.
0 Komentar untuk "Didie Alias Selamat Lahirkan Anak Ke Enam"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info