>>>>>

Tak Sempat Melakukan Maksiat Dalam Kereta Kerana Kemalangan


[Video] Aksi Seks Dalam Kereta Terbantut Akibat Kemalangan - MALANG bagi dua wanita dan seorang lelaki apabila aksi asmara mereka terbantut di tengah jalan akibat kemalangan yang tidak disengajakan.

Dalam kejadian yang berlaku di Wenzhou, China itu, ketiga-tiga mereka sedang melakukan hubungan seks dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi bukit.

Secara tiba-tiba, salah seorang daripada mereka secara tidak sengaja melepaskan brek tangan sekaligus membuatkan kereta itu bergerak menuruni bukit sebelum menghentam sebatang pokok.

Akibatnya, kedua-dua wanita berkenaan cedera dan salah seorang daripada mereka patah kedua-dua belah kakinya.
Lelaki yang turut bersama mereka bagaimanapun tidak cedera.

Kira-kira 24 anggota penyelamat tiba di tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang remuk itu. – Webberita 



0 Komentar untuk "Tak Sempat Melakukan Maksiat Dalam Kereta Kerana Kemalangan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info