Maut digilis- suami kutip organ dalaman isteriKUALA LUMPUR – Seorang suami terpaksa menahan sebak sambil mengutip sendiri beberapa organ dalaman isterinya yang berselerakan di atas jalan selepas mangsa maut digilis sebuah lori pasir dalam kejadian di Taman Segar, Cheras di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Hafiz Ab. Rahman yang menunggang motosikal dalam perjalanan menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerjanya dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras dekat sini.
<!-- more -->
Noorshah bekerja sebagai kerani di sebuah kedai roti di Taman Shamelin.
Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara kenderaan lain yang melalui jalan itu.
“Namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya yang menunggang motosikal terpaksa melalui di celah sebuah lori membawa muatan pasir dan sebuah kereta Mercedes-Benz berwarna perak.
“Kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an itu tiba-tiba menghimpit motosikal saya dan isteri sehingga menyebabkan kami terjatuh ke bawah lori yang bergerak itu,” kata Hafiz ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur di sini semalam.
Hafiz yang tidak bekerja kerana sedang menuntut agama di sebuah madrasah di Seri Petaling dekat sini berkata, dia sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar dari bawah lori tiga tan itu.
Katanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut.
“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih.
Cerita Hafiz lagi, pemandu lori berusia 33 tahun berkenaan telah berhenti bagi memberi bantuan manakala kereta Mercedes-Benz itu lari meninggalkan lokasi kejadian.
Jelasnya, mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.
Pegawai Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Markandan Subramania mengesahkan kejadian itu dan sehingga petang semalam pemandu kereta tersebut belum membuat laporan polis. - Kosmo
SUAMI BERSIHKAN TEMPAT KEMALANGAN NGERI ISTERI YG MAUT AKIBAT DIGILIS LORI PASIR
Jalan cerita.
1. Penunggang motorsikal cuba mengelak dari kereta Merds yang menghimpit di laluannya.
2. Masa tengah mengelak tu la yang terjatuh atas jalan.
3. Bila terjatuh tue la lori pasir yang kat belakang motor tue melanggar.
4. Insiden tersebut menyebabkan isteri maut di tempat kejadian akibat digilis lori. Suami pula terselamat sebab jatuh di antara celah tayar lori pasir. Dia sempat loloskan diri dari bawah lori. Lepas loloskan diri, tengok isteri dia pula maut serta merta di tempat kejadian. Lori pasir yang melanggar isteri dia berhenti untuk hulurkan bantuan.
5. Pemandu Merds pula cabut lari lepas buat naya kat orang.
6. Penunggang motorsikal yang terselamat tue terus buka baju dan tutup mayat isteri dia. Kemudian bersihkan kawasan kemalangan. Kutip organ2 dan daging2 isteri yang berterabur atas jalan. Ya Allah sebaknya.
7. Mereka berkahwin untuk beberapa tahun dan dikurniakan seorang anak yang baru berusia 6 bulan.
8. Norshah Ahmad, berusia 35 tahun. Seorang kerani di kedai roti di Taman Shamelin. Kejadian berlaku ketika suami menghantar isteri ke tempat kerja.
9. Muhammad Hafiz Abdul Rahman, berusia 28 tahun suami kepada arwah Norshah tidak bekerja sebab masih menuntut agama di salah sebuah tahfiz pengajian agama. Sedang belajar la senang cakap.
10. Tempat kejadian tue sempit disebabkan nak bina laluan MRT. Ini pun silap juga pihak pengurusan MRT. Kenderaan banyak, berpusu2 pula tue. Patutnya tahap keselamatan perlu dipertingkatkan kat laluan ini.
Aku harap polis boleh menjejaki pemandu MERDS yang tak bertanggungjawab itu. Dan satu lagi. Motor2 kecik neh pun susah juga. Kenderaan2 besar atas jalan kadang2 buat jalan macam dorang yang punya sampai lupa yang ada juga orang bergerak guna motor.. rasa tak selamat sebenarnya bergerak atas jalanraya yang penuh lori sana sini. Sumber: Ondscene
Admin - Innalillahi wainnaialaihirojiun...Semoga beliau tabah dgn ujian dari Allah, dan Semoga allah menempatkan isteri beliau bersama-sama orang-orang yang beriman amin.
Wassalam, Wa'allahhualam,
BLOG TAUHU SUMBAT
sumber
0 Komentar untuk "Sedih ..!! Suami Bersihkan Tempat Kemalangan Ngeri isteri Yang Maut Akibat Digilis Lori Pasir"