Bahau – “Isteri saya terlalu sayangkan anaknya itu dan saya tidak pernah melihat dia menderanya sejak kami berkahwin 10 tahun lalu,” kata bapa tiri Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 40-an, ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, dia berkahwin dengan ibu Muhammad Firdaus dikenali sebagai Lola, 40, pada 2004 selepas mengenalinya dalam tempoh setahun dengan menjadikannya isteri kedua.
“Sebelum berkahwin, Lola memberitahu saya, dia mempunyai seorang anak yang juga orang kelainan upaya.
“Dia sentiasa berkongsi masalah dan menceritakan penderitaan serta kesusahan dialaminya.
“Sejak berkahwin, saya akui jarang pulang ke rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, kerana saya merahsiakan perkahwinan itu daripada isteri pertama.
“Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dengan memberikan Lola wang setiap bulan untuk perbelanjaannya dan anak termasuk Muhammad Firdaus,” katanya, lapor Hmetro.sumber
0 Komentar untuk "“Saya Tidak Pernah Lihat Dia Dera Firdaus” - Bapa Tiri Adik Firdaus"