>>>>>

Keunikan Brazil: National Underwear Day, Seluruh Penduduk Hanya Pakai Pakaian Dalam Apabila Beraktivi

Hanya di Brazil kita mencari semua keunikan yang berbau keindahan. Selain alamnya yang indah, Brazil juga dikenali dengan tradisi dan budayanya yang unik. Siapapun pasti mengenal tarian Samba dan beladiri Capoeira.

Namun bukan hanya itu saja tradisi unik di Brazil. Keunikannya sangat banyak dan membuat Brazil tak pernah sepi pelancong sepanjang musim.

Seluruh warga yang mahu mengambil bahagian, hanya memakai pakaian dalam semasa bekerja

Salah satu tradisi uniknya adalah perayaan hari pakaian dalam atau National Underwear Day yang berlangsung setiap tahun. Biasanya acara ini dilaksanakan menjelang karnival Rio. Dimana dalam kesempatan ini ribuan peserta akan berpakaian yang minimum alias hanya menggunakan pakaian dalam saja dan berpawai ke pelbagai tempat seperti terminal, stesen, mall dan tempat-tempat awam lain untuk menarik perhatian banyak orang.

Bahkan anak bayi pun tak mahu ketinggalan ikut serta bersama si ayah


Kegiatan ini diilhamkan oleh kegiatan sama yang bertujuan demi kempen pemuliharaan alam sekitar di New York dan kemudian merebak ke benua Asia (Taiwan). Bezanya kalau di New York dan Taiwan namanya adalah "No Panty Subway Ride" dimana para peserta hanya mempamerkan seluar dalam mereka alias masih mengenakan atasan lengkap, maka di Brazil ini para peserta tidak tanggung-tanggung yaitu hanya mengenakan pakaian dalam saja.



Banyak warga yang hanya memakai pakaian dalam melintas di keramaian dengan santai


Brazil memang terkenal dengan sensasi-sensasi yang erotik. Wajarlah kalau oleh kerananya sepanjang tahun tidak pernah ada musim sepi pelancong di Brazil.

(News.cn, Huffington Post, Daily Mail)

0 Komentar untuk "Keunikan Brazil: National Underwear Day, Seluruh Penduduk Hanya Pakai Pakaian Dalam Apabila Beraktivi"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info