>>>>>

Inilah Mesin Menjual Bra Automatik Yang Pertama Di Jepun

Pada zaman moden ini, orang tidak mahu bersusah kerana sesuatu perkara, bahkan dalam urusan belanja. Dengan adanya internet, banyak orang kini boleh membeli-belah secara online. Namun kendalanya, banyak wanita rugi ketika berbelanja secara online, kerana seringkali mendapati barangan yang dihantar tidak sesuai dengan yang telah ditempah, misalnya ukurannya tidak pas walaupun nombornya benar. Salah satunya adalah bra.

Banyak wanita yang merasa malu pergi ke kedai untuk membeli bra, sehingga mereka lebih memilih belanja secara online, disamping alasan kemudahan. Nah, sebuah syarikat Jepun membuat penemuan bagi kaum wanita, iaitu melancarkan vending machine bra (mesin penjual bra automatik).

Dengan mesin ini, diharapkan para pembeli tidak lagi malu untuk membeli bra, dan tentunya sangatlah mudah. Jumaat minggu lalu, syarikat Une Nana Cool melancarkan mesin penjual bra automatik dengan nama "Fun Fun Week", yang diletakkan di sebuah kedai yang ada di Shibuya.



Setiap bra yang ada di mesin itu, dijual dengan harga US $ 30 (sekitar R 100) per pasang. Yang perlu dilakukan calon pembeli adalah, memilih saiz bra yang terdapat di jadual, memasukkan duit syiling, dan menekan nombor. Tak lama kemudian, mesin pun mengeluarkan bra yang telah dipilih oleh para pembeli. Namun, beberapa orang mengulas bahawa hal ini mencegah dirinya untuk memilih bra yang pas, kerana calon pembeli tidak boleh mencubanya. Sedangkan yang lain berfikir, ini sangat sesuai untuk para lelaki, untuk membelikan bra dan diberikan kepada pasangannya.

Jepun memang tidak pernah berhenti mencari dan membuat hal-hal yang tidak pernah terpikirkan sebelumnya.

(Ubergizmo, Huffington Post)

0 Komentar untuk "Inilah Mesin Menjual Bra Automatik Yang Pertama Di Jepun"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info