>>>>>

Bom Peninggalan Perang Dunia Ke 2 Di Temui Di Tawau Sabah

TAWAU, 24 Jun : Sebutir bom lama dipercayai peninggalan ketika Perang Dunia Kedua ditemui di kawasan tapak pembinaan Hospital Pakar Hill Top, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata bom lama berbentuk kepala peluru seberat 30 kilogram sepanjang 33 cm dan berukur lilit 53.3 cm itu ditemui seorang pekerja binaan ketika sedang melakukan kerja mengorek tanah di tapak binaan itu.

"Mengikut laporan yang diterima, pekerja binaan tersebut menjumpai satu besi berbentuk kepala peluru kira-kira 1.45 petang Isnin dan kemudian menunjukkan kepada pengurus tapak projek dan menghubungi pihak polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Bom lama berkenaan kemudian dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom kira-kira 4.38 petang Isnin tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, katanya.

BERNAMA
0 Komentar untuk "Bom Peninggalan Perang Dunia Ke 2 Di Temui Di Tawau Sabah"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info