HUNAN : Seorang warga emas berusia 90 tahun dikurung dan dibiarkan supaya mati kebuluran oleh anak-anaknya sendiri.
Bagaimanapun, Xiaoming Tsui yang
dikurung di dalam bilik tidurnya berjaya hidup dengan minuman dan bubur
yang dicampakkan oleh jirannya ketika anaknya tiada di rumah.
“Tolong, beri saya makanan,” adalah
perkataan pertama yang diucapkannya ketika polis berjaya memecah masuk
ke rumah mangsa minggu lalu selepas kisah wanita itu disiarkan di
Internet.
Anak perempuan dan lelaki Xiaoming kini
menghadapi tuduhan cubaan membunuh selepas polis menuduh mereka bersikap
kejam dan merancang membunuh seseorang kerana merasa susah dan tidak
mahu menanggung beban,
Menurut jurucakap polis, sejak wanita
itu sakit dan bagi mengelak untuk menjaganya, anak-anaknya cuba
membunuhnya dengan membiarkan dia kebulur di dalam bilik yang berkunci.
“Mereka tidak memberinya makan supaya
dia tidak perlu ke tandas. Mereka juga tidak membenarkan sesiapa melawat
mangsa,” kata polis.
Penduduk di Kampung Yangjuan yang
menyedari Xiaoming tidak diberi makan berjaya menghulurkan bubur dan air
melalui tingkap biliknya.
Seorang daripada mereka memuat naikkan
gambar mangsa dalam keadaan yang menyedihkan di Internet hingga
membolehkan nasibnya diketahui pihak berkuasa.
“Wanita itu dikatakan berbalah dengan
anaknya beberapa kali sebelum ini. Dia dianggap membebankan mereka.
Kerana itu mereka mengambil keputusan untuk membiarkannya kebulur hingga
mati.
“Mereka kemudian merancang untuk memberitahu polis mangsa mati kerana enggan makan.
“Ini bukan saja pertelingkahan antara
keluarga tetapi pembunuhan yang dirancang. Mereka mahu wanita itu mati
supaya tidak perlu bersusah payah menjaganya,” kata jurucakap polis.
- Agensi
0 Komentar untuk "Anak Kejam: Kurung Emak Tak Bagi Makan"