SEBAHAGIAN jemaah yang terkandas di lapangan terbang.
Kuala Lumpur: Keghairahan ejen dan syarikat pelancongan menawarkan
pakej harga runtuh untuk menunaikan umrah menyebabkan ramai yang
tertarik dan akhirnya menjadi mangsa penipuan.
Rata-rata kes bakal jemaah umrah terkandas di lapangan terbang dan
ada yang langsung ditipu selepas membuat bayaran pertama berlaku kerana
terpedaya dengan harga murah terbabit.
Dalam kes terbaru 15 April lalu, sebuah syarikat yang beribu pejabat
di Melaka menawarkan pakej umrah RM4,300 seorang untuk 12 hari 10 malam
berbanding syarikat lain yang menawarkan RM4,700 hanya untuk 10 hari
lapan malam.
Seramai 36 bakal jemaah umrah termasuk seorang warga emas berusia
93 tahun akhirnya terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) selepas ejen yang dikenali sebagai Datuk Zainal tidak
muncul.
Mereka bukan saja kerugian RM157,600, malah terpaksa tidur di ruang menunggu KLIA.HarianMerto
0 Komentar untuk "Terpedaya Dengan Pakej Murah Umrah,36 Jemaah Terkandas Dari Mengerjakan Umrah"