>>>>>

Penjelasan Restoran Samudra Exotic River Fish Isu Bil Makan Tengah hari RM17,017

Kecoh juga hari ini apabila tersebarnya di media sosial sekeping resit yang memaparkan nama Restoran Samudra Exotic River Fish di Kampung Baru bertarikh 26 April 2014 denganbil makan tengahari sebanyak RM17,017.  Ia menjadi topik perbicangan hangat kerana harganya yang terlalu mahal dan tidak masuk akal.

Bagaimanapun bagi pihak restoran berkenaan, bil itu hanya perkara biasa jika menikmatinya hidangan eksotik udang galah dan patin buah di restoran mereka.

“Bil makan tengah hari RM17,017? Itu perkara biasa jika menikmatinya hidangan eksotik udang galah dan patin buah di Restoran Samudra Exotic River Fish. Malah, jika orang ramai yang meragui kesahihan harga makanan itu bolehlah berkunjung ke premis berkenaan untuk pengesahan. Saya tidak pasti apa tujuan individu yang menyebar gambar itu dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai kesahihannya (resit). Saya cuma nak cakap, kepada mereka yang banyak memberi komen negatif silalah datang ke kedai dan lihat sendiri harga makanan,” kata jurucakap Restoran Samudra Exotic River Fish yang tidak mahu dikenali dipetik dalam laporan akhbar tempatan.




                                             Bil Makan Restoran Samudra Exotic River Fish

Jurucakap itu berkata, pihak restoran enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan beranggapan harga berkenaan adalah perkara biasa. Berdasarkan gambar resit yang dihidang di meja VIP 1 itu, sebanyak 10 ikan patin buah seberat 26 kilogram berharga RM6,877 manakala 50 udang galah seberat 39 kilogram dicaj RM10,140.

Selain daripada aplikasi Whatsapp gambar berkenaan turut tersebar di laman sosial seperti Facebook (FB) dan pengguna memberi pelbagai reaksi terhadap harga makanan yang disifatkan terlalu mahal itu. Bagaimanapun, terdapat juga pengguna FB yang tampil menjelaskan bahawa harga berkenaan adalah untuk jumlah pelanggan yang ramai dan ia adalah harga yang munasabah berdasarkan jenis makanan yang dinikmati.

p/s: Rasanya macam tak logik. Namun yang mengunjungi restoran tu sudah tentu tahu harga makanan disana. Lagipun, sudah tentu makanan yang disediakan untuk bilangan yang ramai… Apa pula pandangan anda?sumber
0 Komentar untuk "Penjelasan Restoran Samudra Exotic River Fish Isu Bil Makan Tengah hari RM17,017 "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info