Bertuah sungguh !! Itulah nasib dan rezeki yang diterima oleh seorang lelaki.
Lelaki itu yang merupakan seorang
pekerja Majlis Daerah Tampin (MDT) tidak menyangka duit RM1 yang
diperolehnya hasil jual beli sebelum ini mempunyai keunikannya yang
tersendiri dan bernilai jauh dari nilai seringgit.
Duit unik itu mempunyai cetakan BNM 1 timbul di bahagian tengah gambar Yang Dipertuan Agong.
Pemilik wang itu, Mohd Amir Sheir Zuman,
25, berkata, keunikan wang itu hanya disedarinya apabila dia ingin
membuat bayaran ketika membeli nasi lemak tiga minggu lalu dan dia terus
menyimpan kembali wang berkenaan.
Menurutnya, sebaik tiba di tempat kerja,
dia membelek kembali wang berkenaan dan menunjukkan kepada rakannya
yang lain bagi membolehkan mereka mengesan keunikan duit berkenaan.
Ini kata-kata Mohd Amir: “Selain cetakan
BNM 1 yang timbul, wang kertas ini juga lebih kecil saiznya berbanding
wang RM1 biasa. Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan kemungkinan duit
ini merupakan cetakan pertama RM1 lama ataupun cetakan terakhir sehingga
menyebabkan BNM 1 berkenaan timbul berbanding duit kertas lain,”
Mohd Amir juga akui walaupun hanya RM1,
ada seorang lelaki pernah menyatakan hasrat mahu membeli wang kertas itu
dengan harga RM600 kerana ingin menggunakan duit berkenaan bagi tujuan
perubatan.
Menurutnya, buat masa ini dia tidak
membuat sebarang keputusan untuk menjual wang kertas berkenaan,
bagaimanapun, dia tidak menolak sekiranya ada individu yang dapat
menjelaskan sebab keunikan duit berkenaan dan menawarkan harga yang
munasabah kepadanya.
1 Komentar untuk "Duit RM1 Unik Yang Bernilai RM600..."
saya pnn ada sehelai...