>>>>>

Zulkifli Noordin Tukar Nada Sedih Di Twitter Selepas Dikecam Ramai Pihak



Bekas naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin menukar nadanya selepas dicemuh oleh pelbagai pihak ekoran kenyataannya yang didakwa tidak sensitif terhadap kematian ahli politik veteran Karpal Singh.

Zulkifli pagi ini menulis di Twitternya, Allah mematikan Karpal “yang menjadi penentang utama” pelaksanaan” hudud.

Beberapa jam selepas menulis sedemikian, Zulkifli meluahkan rasa sedih dan memperakui perjuangan Karpal menentang ketidakadilan sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat dan peguam.

Zulkifli malah menganggap ahli parlimen Bukit Gelugor itu sebagai kawannya.

"Kepada Karpal, 'ngauman' untuk rakyat miskin dan suara menentang ketidakadilan sama ada di Parlimen atau di mahkamah akan dirindui ramai.

“Selamat tinggal kawanku!" tweet beliau dalam bahasa Inggeris kira-kira jam lima petang tadi.

Beliau turut memberi ucapan takziah kepada ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang juga anak Karpal.

Selain itu, beliau berkata Karpal sebagai peguam kanan itu tidak pernah kedekut ilmu dan sentiasa bersedia membantu dan memberi idea cara-cara pengendalian kes-kes mahkamah.

"Kepada kawan saya Gobind Singh Deo dan keluarga, terimalah sedalam-dalam takziah saya. Saya pasti nama Karpal akan ditempa dengan emas dalam sejarah Malaysia." tweet beliau lagi.
sumber


0 Komentar untuk "Zulkifli Noordin Tukar Nada Sedih Di Twitter Selepas Dikecam Ramai Pihak"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info