>>>>>

MH370 - Jawapan Kedutaan Amerika Di Kuala Lumpur Terhadap Teori Diego Garcia

APABILA pelbagai spekulasi berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berlegar-legar dalam kalangan orang ramai, teori mengenai penglibatan Amerika Syarikat (AS) paling popular.
Pangkalan Rahsia Tentera Amerika Diego Garcia

Teori itu ialah pesawat MH370 dikawal oleh teknologi drone (alat kawalan jarak jauh berkeupayaan tinggi) oleh AS dan diterbangkan sehingga mendarat di Lapangan Terbang Diego Garcia yang terletak berhampiran Pulau Maldives.
Hari ini menurut akhbar Sinar Harian, pihak kedutaan AS di Malaysia tampil menjawab teori berkenaan.
Pihak kedutaan AS menafikan sekeras-kerasnya teori yang mengatakan pesawat itu mendarat di pangkalan tentera udara AS di pulau kecil itu.
Menurut jurucakapnya, tuduhan itu adalah palsu dan pesawat berkenaan tidak mendarat di situ. “Spekulasi bahawa penumpang MH370, Philip Woods menghantar mesej foto dari Diego Garcia juga tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, AS turut menolak dakwaan beberapa orang yang menyaksikan pesawat dengan skim warna seakan sama dengan MH370 terbang rendah di ruang udara Maldives pada pagi 8 Mac lepas.
” Tidak ada petunjuk bahawa MH370 terbang di mana-mana berhampiran Maldives atau Diego Garcia,” katanya.
Jurucakap itu berkata usaha kerjasama Malaysia dan Australia, tujuh kapal Tentera Laut AS bersama 26 negara lain dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenalpasti oleh pakar-pakar Malaysia dan antarabangsa. 
Sumber: Mynewshub
0 Komentar untuk "MH370 - Jawapan Kedutaan Amerika Di Kuala Lumpur Terhadap Teori Diego Garcia"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info