>>>>>

7 Gambar Tenggiling Gergasi Menyerupai Panda!

Jika dilihat sekali imbas, pastinya anda menganggap ada 3 ekor binatang dalam gambar ini. Tetapi sebenarnya 2 sahaja, iaitu anak tenggiling dan ibu tenggiling.

Tenggiling spesis ini mempunyai keistimewaannya sendiri. Tenggiling ini memiliki kaki yang menyerupai seekor panda.

Nama antarabangsanya ialah Giant Anteater atau Ant Bear. Nama saintifiknya pula Myrmecophaga Tridactyla. Nama melayunya pula, Tenggiling Gergasi.

Tenggiling Gergasi mamalia ini berasal dari Amerika Tengah/Selatan. Habitat mereka boleh berada di mana-mana termasuk padang rumput dan hutan hujan.

Makanan utama haiwan ini ialah semut dan anai-anai. Dengan menggunakan kuku yang panjang, haiwan ini mengali sarang semut dan menggunakan lidah untuk mendapatkan semut-semut yang menjadi mangsanya.

Jangka hayat bagi tenggiling ini adalah 16 tahun sahaja, itupun bagi tenggiling yang berada dalam kurungan. Lagi beberapa gambar tenggiling gergasi di bawah







0 Komentar untuk "7 Gambar Tenggiling Gergasi Menyerupai Panda! "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info