SUBANG JAYA – Iman Ishak, 25, adalah
seorang peguam. Perawakannya berbeza dan jelas. Orang di sekelilingnya
sering berbisik sehingga pada suatu hari seorang lagi yang berdiri di
depannya menjerit ‘BARACK OBAMA!’.
Iman mempunyai wajah mirip Presiden Amerika Syarikat (AS) itu.
Dia yang juga seorang DJ menyuarakan
rasa kecewa terhadap renungan orang di sekelilingnya tetapi mendapat
perhatian yang menggalakkan dan menyeronokkan terutamanya dari
rakan-rakan.
“Saya menyedari saya mirip Obama yang
bertanding pada pilihan raya 2008. Seorang pensyarah bahasa Inggeris
yang sedang membaca artikel menoleh kepada saya dan berkata saya
kelihatan seperti Obama,” kata Iman.
Walaupun Iman tidak melihat persamaan di
antara mereka, rakan-rakannya memberitahu senyuman, telinga dan gaya
yang bersahaja, menyebabkan dia disamakan dengan Obama.
Iman mengimbau kembali kenangan ketika
dia bersama keluarga berkunjung ke Madame Tussauds di London yang
menempatkan patung lilin Obama.
Ramai pengunjung memandangnya tidak berkelip apabila dia berdiri di sebelah patung itu, terkejut dengan persamaan mereka.
“Saya sentiasa dengar orang berbisik
atau menoleh ke arah saya semasa berada di sana. Saya tidak terlalu
memberikan perhatian dan pada satu ketika anda sudah lali dengannya.
Adakalanya, apabila saya menyedari ada orang merenung saya, saya akan
berjalan kepada mereka dan berkata hey,” katanya
Iman pernah ditugaskan untuk membawa
kumpulan hip hop popular, Wu-Tang Clan yang berkunjung ke Malaysia untuk
mengelilingi negara ini.
Selepas beberapa kali memandang gambar Iman, salah seorang ahlinya, Raekwon berkata ‘Siapa lelaki yang mirip Obama ini?’.
Iman mengetahui lawatan ‘kembarnya’ ke
Malaysia menerusi rakan-rakan dan ahli keluarga yang mencadangkan
peluang mereka untuk bertemu antara satu sama lain.
Namun, Iman berkata, dia tidak tahu apa yang ingin diperkatakan kepada Obama sekiranya mereka bertemu. - mStar Online
0 Komentar untuk "‘Kembar’ Barack Obama Di Malaysia "