>>>>>

Kami Berdua Belum Ada Rancangan Untuk Kahwin -Emma Maembong


Bagi Zizan Razak dan Emma Maembong setahun merupakan usia matang sebelum kedua mereka mengambil keputusan untuk mendedahkan hubungan mereka. Bagi Emma, sebagai manusia biasa mereka juga perlukan privasi sendiri.

Malah sebagai manusia yang berfikiran waras, normal untuk kita mengenali hati budi masing-masing sebelum memutuskan untuk menjalani sebarang hubungan sama ada rakan biasa atau hubungan istimewa dengan sesiapa sahaja.

“Saya orang biasa. Kalau orang lain pun, sebelum bercinta mesti nak kenal hati budi dan latar belakang orang tu. Tiba-tiba saya umum dekat public yang kami bercinta, di pertengahan jalan, saya tak boleh nak teruskan dengan dia, saya akan malu”

“Niat saya adalah biar saya kenal Zizan dengan betul dulu. Bila ayah dan keluarga saya dah okay, baru saya nak beritahu pada public. Tapi belum sempat kami nak kenal each other, orang ramai dah mula bercakap. Mereka dapat hidu. Jadi saya serahkan pada jodoh”

Emma menambah, dia mahupun Zizan tiada niat untuk menyembunyikan kisah cinta dari peminat. Cuma masing-masing perlukan ruang dan masa yang tepat sebelum sepakat untuk tidak lagi merahsiakan perhubungan yang sedang berlangsung.

Sebetulnya Emma dan Zizan sudah mengenali sesama sendiri sebelum masing-masing bergelar artis lagi. Emma dan Zizan keduanya berasal dari Terengganu. Malah Zizan merupakan jiran sebelah kampung Emma. Sudah lima tahun mereka kenal.

“Emma dah kenal dia sebelum jadi artis lagi. Lima tahun lepas lagi dah kenal. Kami berkawan macam biasa. Sampailah satu masa Emma jadi pelakon. Masa jadi pelakon itulah, saya cuma Zizan seorang je artis. Jadi saya berkawan dengan dia. Dia banyak ajar saya. Dan itu lah yang buatkan saya rapat dengan dia,” kata Emma Maembong.

Belum Ada Rancangan Berkahwin, Keluarga Saling Kenal

Tidak menolak kedua ibu bapa sudah saling kenal kerana sememangnya mereka merupakan jiran di Terengganu. Namun sehingga setakat ini mereka belum lagi duduk untuk merangka sebarang majlis pertunangan mahupun pernikahan anak-anak. Zizan dan Emma sendiri belum ada perancangan untuk berkahwin.

Cuma orang ramai yang membuat andaian sendiri apabila pada majlis hari jadi tahun lepas Zizan mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujan di usia 30 tahun. Kedua mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk berkahwin samada hujung tahun ini atau pun awal tahun hadapan seperti yang digembar gemburkan sebelum ini.ROTIKAYA
0 Komentar untuk "Kami Berdua Belum Ada Rancangan Untuk Kahwin -Emma Maembong"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info