Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati
didangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang
akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.
Baru nak mula, anak tunggal saya Serena, 6, tiba-tiba datang menghampiri.
Dan membawa sebuah buku.
Gambar Hiasan |
Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap
terlalu manja.
"Papa? Bacakan buku cerita in. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak
Dengar,"
Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?"
Saya bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.
Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.
"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,
Memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah
Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.
"Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.."
"Mama basuh pinggan. Alaaa? Bacalah, papa!"
Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai.
Nyata dia tidak mahu mengalah.
"Budak ini?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!!" saya jerkah permata
hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak menyangka
Saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia
beredar sayu.
Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh
ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan
kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"
Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia
menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu,
dua minggu namun kesibukan saya semakin bertambah.
Setiap kali pulang,
Serena tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak
lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.
Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Serena menikmati sarapan
bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.
"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil
Tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah
bacakan, okeylah tu!" Nampak wajahnya terkuncam.. Saya terus menyuap makanan.
"Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!" Katanya.
Saya mengangguk.
Selesai makan saya mencapai akhbar.
Lembar demi lembar saya tatapi.
Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi
suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya terganggu
seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.
Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran
mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila pulak
dia keluar? Tadi ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum
meluru ke lokasi kemalangan.
Sungguh khabar itu benar, Serena terkulai diribaan
seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya,
masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.
Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat Hatinya.
"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya
dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan.
Tatkala itu
nafasnya tersekat-sekat. "Papa? Mama.. Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang
mama, Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar dan tidak sambil
membuka matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun
sekadar cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya
membuatkan jiran yang memandu terus memecut.
Di hospital, Serena di tempatkan di
bilik ICU ekoran keparahan kecederaannya.
Masuk hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan
diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.
Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah.
Lalu petang itu, saya bacakan
cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi
katil Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata.
Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak
dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.
Keesokan harinya,
saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat.
Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara
isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan
kesal dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.
Masuk hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka
matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.
Bacaan saya terhenti, air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk
selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima
kasih kerana membacakan cerita itu padanya.
"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata
Serena masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau
setahun berlalu.
Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang
diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang
bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.
0 Komentar untuk "Kisah Sedih - Papa! Nanti Baca Kuat-Kuat Kat Ina Ya"