>>>>>

"Jangan Hina Isteri Saya" - Fizo Omar


Fizo Omar Hero Malaya siapa yang tidak kenal bukan.. Pelakon Fizo Omar baru-baru ini meluahkan rasa marah apabila isterinya Mawar Abdul Karim, 25 dicemuh dengan tomahan dan hinaan oleh segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan rekaan tudung Fareeda.. Tipu laa kalau tak marah kalau isteri sendiri dah kena hina dengan cemuhan yang bukan-bukan..kan?..

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata sebagai suami dan Ketua Bahagian Pemasaran, Fareeda Globa Resources, dia berhak untuk bersuara bagi menjelaskan tuduhan yang boleh menjejaskan imej dan kredibiliti isterinya serta perniagaan mereka

[Isu Kontroversi][TUDUNG FAREEDA ] “Jika Ingin Berfesyen, Tengoklah Kemampuan Diri” – Mawar

Mengulas tentang isu tudung Fareeda yang dikatakan tidak menepati kehendak syariat Islam sehingga mengudang tohmahan daripada segelintir pihak malah lebih menyedihkan mereka turut mengecam Mawar setiap kali memuatnaik gambar isterinya di  laman sosial.

Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah.
Isteri saya menjual tudung... bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita sudah berhijrah untuk bertudung.
Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif
Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya,"soal Fizo.
Tambah Fizo lagi, jenis tudung yang dipakai oleh Mawar merupakan salah satu daripada lebih 20 jenis rekaan tudung yang dijual di butik Fareeda.
Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.
Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh,"katanya.
Dia tidak ada Facebook, Twitter dan Instagram. Yang ada sekarang semuanya saya. Yang jaga (akaun laman sosial) itu juga saya kerana dia tidak ada masa.
Saya sangat kagum dengan usaha gigih isteri saya kerana dia berjaya menjadikan jenama Fareeda sehingga terkenal di Malaysia."katanya.
Dalam pada itu Fizo tidak menolak kebanyakkan individu memberi komen negatif kerana berasa cemburu dengan kejayaan mereka dalam perniagaan yang semakin berkembang itu
0 Komentar untuk ""Jangan Hina Isteri Saya" - Fizo Omar"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info