>>>>>

Diego Garcia: Rahsia Dunia Yang Perlu Kita Tahu

Berapa ramai yang pernah dengar nama “Diego Garcia” sebelum ini. Perkataan “Diego Garcia” mula popular selepas tragedi MH370 pada 8/3/14. Dan pelbagai ilmu pengetahuan baru yang kita dapat setiap kali berita tentang MH370 terpapar di media arus perdana dan laman sosial.

diego garcia


Diego Garcia sebahagian daripada British Indian Oceon tanah jajahan British sebuah pulau terletak di tengah-tengah Lautan Hindi. Tanah daratan yang paling hampir adalah Selatan India iaitu kira-kira 1,790 km lokasi paling strategik menguasai dunia.

Amerika mula membina pengkalan tentera bermula pada tahun 1971 dan meningkatkan kemudahan berperingkat sehingga menjadi pengkalan yang canggih. Menjadi pusat serangan ke atas Taliban di Afghanistan dan perang teluk sehingga sekarang. Semua penduduk di sini telah dipindahkan yang tinggal hanya warga Amerika dan British yang bertugas di pengkalan ini. Memang sangat rahsia pengkalan tentera di Diego Garcia ini dan ada yang beranggapan mungkin pengkalan ini adalah pusat pangkalan Dajjal.

2


Nama Diego Garcia memang bermain di sosial media apabila bercerita tentang teori kospirasi kehilangan misteri MH370 sehingga kini tidak jumpa jejak. Terbaru berkitar di dunia internet kisah Jurutera IBM Malaysia, Philip Wood yang telah menghantar pesanan bantuan melalui iPhone 5 kepada sebuah forum mengatakan dia ditahan di Diego Garcia.

2
“I have been held hostage by unknown military personal after my flight was hijacked (blindfolded). I work for IBM and I have managed to hide my cellphone in my ass during the hijack. I have been separated from the rest of the passengers and I am in a cell. My name is Philip Wood. I think I have been drugged as well and cannot think clearly. ” -Sumber
Memang misteri sebuah pesawat yang canggih boleh hilang begitu sahaja dari radar dari lokasi yang sangat unik. Ini hanyalah pendapat peribadi penulis, tapi ini bukan spekulasi pesawat MH370 telah dihilangkan oleh kumpulan orang yang sangat pakar atas sebab-sebab tertentu. Memang tidak mustahil kalau MH370 berada di Diego Garcia tetapi siapa yang boleh buktikan bahawa Philip Wood sememangnya ditahan di sana.

2

Ada juga yang kata Diego Garcia adalah pusat kerajaan Dajjal yang berada ditengah-tengah lautan dibina oleh askar-askar Dajjal untuk mengusai dunia. Kalau kita rajin membaca dan mendengar kuliah ustaz-ustaz memang ceritanya kerajaan Dajjal beroperasi ditengah lautan. Diego Garcia yang dibina dengan penuh rahsia di kepuluan kecil di tengah-tengah Lautan Hindi pasti ada sebabnya bukan sekadar untuk menyerang Afghanistan dan Iraq sahaja.

Dunia akhir zaman semakin hampir kepada penghujungnya askar-askar Dajjal sedang bermaharajalela mengusai minda manusia sehingga yakin yang salah itu betul dan yang betul itu salah. Mungkin Diego Garcia sebahagian daripada projek HAARP mereka dan MH370 antara yang dipilih. Apa pun mari kita sama-sama terus berdoa dan teruskan beramal semoga kita terhindar dari fitnah Dajjal.
1. Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.” [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
2. Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.” [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
DenaiHati
0 Komentar untuk "Diego Garcia: Rahsia Dunia Yang Perlu Kita Tahu"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info