>>>>>

Ashraf Muslim Kongsi Gambar Anak Perempuannya Yang Baru Lahir


Melalui laman instagram, isteri kedua Ashraf Muslim memaklumkan berita gembira mengenai kelahiran anak sulung pasangan ini.

Tepat jam 11.50 malam, Wan Sakinah Ahmad Saburi telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.51 kg.

Melalui mesej bergambar di instagram, Wan Sakinah melahirkan rasa gembira kerana anak nya itu mempunyai 2 orang ibu, Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf Muslim.
Untuk pengetahuan anda, Wan Sakinah merupakan isteri kedua Ashraf Muslim dan pasangan ini pernah menimbulkan kontroversi di negara kita apabila telah bernikah di Thailand pada Julai tahun tanpa pengetahuan isteri pertama, Dayana.

Tahniah buat Ashraf Muslim sekeluarga! -RotiKaya
Di bawah adalah beberapa keping gambar comel bayi perempuan pasangan sensasi ini.





0 Komentar untuk "Ashraf Muslim Kongsi Gambar Anak Perempuannya Yang Baru Lahir"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info