>>>>>

MH370: Surat Hishammuddin Kepada Pelajar Perancis


Di kala ada kalangan rakyat kita sendiri mengutuk pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, ada juga termasuk dari luar yang mengagumi gaya beliau menguruskan kes kehilangan MH370.
Baru ini beliau menerima surat (dia atas) daripada seorang pelajar Perancis bernama Victor Lopez yang meluahkan rasa kagumnya terhadap personaliti dan tindak tanduk Hishammuddin.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan telah menjawab surat itu dengan mengucap terima kasih kerana sudi menulis dari begitu jauh dan menasihati Victor untuk belajar rajin-rajin.
Sebahagian besar surat itu adalah bertaip, namun mungkin belum puas, Hishammuddin menambah dengan tulisan tangan mengatakan surat pelajar tersebut memberikans emangat kepada beliau dan mahu meletakkannya di Twitter beliau.
Hmmm… sebenarnya, gaya Hishammuddin mengendalikan krisis MH370 semenangnya boleh diberikan pujian.
Kali ini beliau kelihatan lebih cool dan fokus berbanding ketika beliau berucap di mana-mana majlis lain.
Hanya pada awal krisis beliau ada tersilap menyebut jumlah pemegang pasport palsu yang menaiki MH370, selepas pada itu, kebanyakkan maklumat beliau jelas.
Pernah menyertai beberapa sidang akhbar Hishammuddin ketika penulis menjadi wartawan di sebuah syarikat akhbar, beliau dikenali sebagai suka bercakap melalut dan cakapnya susah nak dibuat bahan berita.
Namun, dalam isu MH370 ini, gaya beliau sudah berubah begitu sekali.
Sesiapa pun boleh agaklah… Hishammuddin kemungkin besar telah mendapatkan latihan profesional untuk mengubah penampilan dan pendekatan beliau.
Nampaknya konsultan yang dilantik memang hebat!- Mynewshub.my



(Surat asal daripada Victor kepada Hishammuddin)
0 Komentar untuk "MH370: Surat Hishammuddin Kepada Pelajar Perancis"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info