>>>>>

Keluarga Penumpang MH370 Bertempur Dengan Polis Beijing

Pasukan paramedik cuba memberi bantuan perubatan kepada seorang wanita dipercayai keluarga penumpang MH370 yang menyertai demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Beijing kerana menuntut penjelasan mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu. Gambar Reuters, 25 Mac, 2014.
\Berdozen ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 bertempur dengan polis di luar Kedutaan Malaysia di Beijing hari ini selepas mereka menuntut syarikat penerbangan tersebut dan kerajaan Malaysia memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku, lapor AFP.

Menurut agensi berita antarabangsa itu, ahli keluarga yang marah membaling botol air kepada polis dan membentuk rantai manusia di pagar kedutaan.

Kebanyakan peserta demonstrasi ditolak polis, menurut seorang saksi kepada AFP.Seorang wanita pengsan di tempat kejadian. - 25 Mac, 2014.


0 Komentar untuk "Keluarga Penumpang MH370 Bertempur Dengan Polis Beijing"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info