Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 orang sampai saat ini masih belum ditemukan. Pesawat ini hilang saat perjalanan menuju Beijing pada Sabtu pagi. Berikut adalah foto dari beberapa orang hilang pada penerbangan tersebut.
1. Paul Weeks (39), adalah satu dari dua penumpang yang berasal dari new zealand yang berada dalam pesawat tersebut.
Weeks meninggalkan Christchurch, New Zealand dan berpindah ke Perth, Australia pada tahun 2011 bersama isterinya Danica dan dua orang anak lelakinya. Dia pergi ke Mongolia untuk memulakan pekerjaan baru di Industri Galian.
2. Philip Wood (50), bekerja di IBM dan berasal dari Texas. Ibunya, Sandra berkata pada USA Today, "Saya tahu dalam hati saya, Philip selalu bersama Tuhan."
Philip Wood telah bekerja di Beijing selama 2 tahun terakhir, dia berada di tahap akhir pemindahan kerja untuk IBM di Kuala Lumpur, Malaysia. Wood adalah satu daripada tiga warga Amerika di pesawat Malaysia Airlines. Warga Amerika lain yang berada di pesawat tersebut adalah anak-anak iaitu,
Nicole Meng (4), dan Yan Zhang (2).
3. Warga Australia, Catherine (54) dan suaminya Robert Lawton (58) tinggal di Queensland. Mereka gemar Traveling.
Mereka berkata, mereka akan melakukan perjalanan besar dan mereka benar-benar bersemangat. Caroline Daintith, seorang jiran berkata, mereka berdua merupakan datuk-nenek yang penuh kasih.
4. Firman Chandra Siregar, penumpang berusia 25 tahun berasal dari Medan, Indonesia. firman
adalah pemuda yang sedang memulakan kontrak tiga-tahun dengan Schlumberger, sebuah syarikat perkhidmatan ladang minyak.
Ini adalah gambar keluarga Siregar yang sedang berduka. Risman Siregar (kanan) menghibur istrinya Erlina Panjaitan (tengah). Firman Chandra Siregar adalah satu dari tujuh orang Indonesia pada penerbangan tersebut.
5. Chandrika Sharma (50), adalah pengarah dari Chennai, India, Bahagian sebuah organisasi yang bekerja dengan nelayan. Dia sedang dalam perjalanan ke Mongolia untuk persidangan Pertubuhan Makanan dan Pertanian.
"Harapan pasti selalu ada." ujar Venogupal, salah satu rakannya kepada AP. "Dia ramah dan sangat dicintai, sangat rajin dan bijak. Kami sangat merindukannya." Menurut Times of India, putri Sharma, meghana, seorang pelajar di Delhi masih syok. Ia tiba di rumah pada hari Minggu untuk bersama ayahnya.
6. Kapten Juruterbang, Zaharie Ahmad Shah (53), seorang warga Malaysia, mempunyai jumlah waktu terbang dari 18.365 jam dan telah bekerja untuk syarikat penerbangan sejak tahun 1981.
Selain menjadi pilot, Shah dipercayai menjalankan saluran YouTube dengan nama "Zaharie Shah," di mana ia mengupload video yang menunjukkan pengguna bagaimana memperbaiki peralatan sehari-hari.
7. Perwira pertama, Fariq ab Hamid (27) bekerja dengan Malaysia Airlines sejak tahun 2007.
Menurut CNN, Sebelum penerbangan pesawat MH370, Hamid ditransisikan untuk bekerja di Boeing 777-200. Hamid juga telah membantu menerbangkan pesawat dari Hong Kong ke Kuala Lumpur, di mana ia berjaya mendarat dengan pengawasan seorang pilot senior dan kapten keselamatan.
8. Liu Rusheng (76) adalah orang tertua di pesawat. Dalam penerbangan tersebut ia bersama isterinya, Bao Yuanhua (63).
Liu Rusheng akn menghadiri acara Seni Lukis di Malaysia. Di China, ia adalah pengarah Lukisan dan Kaligrafi Nanjing Academy dan dikenali sebagai pelukis burung dan bunga.
9. Ch'ng Mei Ling (33), berdasarkan laporan dari wpxi, ia adalah warga negara Malaysia yang berpindah ke pinggir bandar Pittsburgh Oktober lalu untuk bekerja sebagai jurutera proses Flexsys America LP, sebuah syarikat yang menghasilkan dan membekalkan bahan kimia untuk industri getah.
Seorang jurucakap syarikat berkata bahawa Ch'ng adalah "diingat oleh rakan-rakan kerjanya sebagai ... peribadi yang menyenangkan dan bahagia serta dihormati." Wanita yang menjual rumah kepada Ch'ng di Pittsburg berkata adalah "Ch'ng adalah wanita muda yang sangat berbakat. Aku terpukul mendengar dia berada di pesawat itu."
10. Pasangan dari Kanada, Muktesh Mukherjee (42) danXiaomo Bai (37), sudah berkahwin dan tinggal di Beijing. Pasangan ini mempunyai dua anak, yang tidak ikut dalam penerbangan tersebut. Mereka meninggalkan anak-anak mereka di China dan bercuti bersama di Vietnam.
Berdasarkan laporan dari New York Times, seorang rakan Mukherjee, Matthew McConkey, telah melawat keluarga baru-baru ini di Beijing. Dia berkata rakannya (Mukherjee) mempunyai dua anak lelaki yang hebat. "Ini hanya mimpi buruk," ujar McConkey, ia mengatakan bahawa ia merasa lega bahawa anak-anak mereka selamat di Beijing. Pasangan ini menghantar foto di media sosial pada tarikh 5 Mac dari sebuah resort di pantai Vietnam.
11. Mohd Sofuan Ibrahim (33), sedang berangkat untuk memulakan pekerjaan baru di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Cawangan Industri Malaysia di Beijing. Ia mengupload gambar ini tepat sebelum penerbangan.
Bekas rakan kelasnya, Hasif Nazri, mengatakan kepada CNN bahawa Ibrahim adalah "orang yang baik, teman yang baik hati, sangat membantu, dan ceria. Dia adalah penceramah yang sangat baik dan guru-guru mengingati dia sebagai mahasiswa yang sangat baik."
0 Komentar untuk "Inilah Beberapa Gambar Penumpang MH370 Yang Hilang "