Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital
bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori.
Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan
bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga
meter.
Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China.
Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar.
Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi yang berkata wanita itu
sempat melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori berkenaan
manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu menyebabkan
bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak
sejauh tiga meter.
Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi
waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak menunggu
ambulans.
Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal.
Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan.
Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.
Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi tajuk
utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 5,000
yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit.
Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital
dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. – Agensi
0 Komentar untuk "Bayi Seberat 4.2 Kg Terkeluar Dari Kandungan Setelah Ibunya Di Gilis Lori"