>>>>>

Ciri-Ciri Orang Yang Sedang Putus Cinta



Setiap kali anda bangun tidur, perkara yang pertama terasa adalah rasa kosong dan kesepian kerana telah kehilangan orang yang anda sayangi.

Meskipun anda tetap mengerjakan aktiviti anda sehari-hari seperti bekerja, kuliah dan bertemu rakan-rakan, tapi anda tidak boleh menumpukan perhatian 100% penuh. Di balik fikiran anda selalu terbayang bekas kekasih anda.

Sepanjang hari anda bagaikan seseorang yang hidup di 2 dunia: dunia nyata di mana anda sudah

tidak lagi memiliki si dia dan dunia memori ketika anda masih bersama dengannya. Hobi dan hal-hal kesukaan anda terasa tidak menarik lagi bagi anda.



Ketika anda pergi ke tempat yang biasa dilawati berdua, atau melihat benda-benda yang berkaitan dengan bekas anda, perasaan anda langsung tidak menentu.

Walaupun rakan-rakan anda berusaha menghibur anda dan memberikan input yang positif, namun yang ada dalam fikiran anda adalah: "Tidak ada orang yang mengerti apa yang saya alami .."

Malam hari ketika anda berada di rumah sendirian, yang anda lakukan adalah memikirkan keadaan patah hati anda. Anda mengalami kitaran emosi yang berputar-putar: rindu, sedih, kesepian, dan penyesalan; lalu kecewa, marah, merasa tidak adil, dan benci pada si dia; dan berputar lagi kembali ke rindu dan begitu seterusnya. Mungkin anda menangis, mungkin juga tidak, tapi saat akhirnya emosi anda letih, anda merasa mati rasa.

Anda tidur dengan perasaan hampa, dan bangun keesokan harinya hanya untuk kembali ke kitaran no. 1 di atas.

 Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami
3 Komentar untuk "Ciri-Ciri Orang Yang Sedang Putus Cinta"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info