>>>>>

Laman Web Jodoh China, Menawarkan Wanita Dari Kalangan Pelajar Sekolah dan Mahasiswa




Ini tentang negara tirai buluh .. Fenomena gundik mahasiswi kini menjadi gaya hidup baru di China. Awalnya, para pelajar ini terdesak olah bayaran sekolah tinggi dan prospek pekerjaan yang buruk di negara itu. Tetapi kemudian, hal ini menjadi trend.

Menurut The Australia, berjuta-juta gadis Cina, mulai dari pelajar sekolah hingga mahasiswa, mudah ditemui di laman dating terbesar di China, Jiayuan. Laman itu kini telah menjadi tempat promosi gadis-gadis ini untuk mendapatkan pasangan yang lebih tua, terutama orang-orang kaya yang bersedia menyokong pendidikan mereka dan membayar gaya hidup yang diinginkan.

Laman web ini kini dianggotai 25 juta netter, umumnya adalah mahasiswa yang secara jelas mencari lelaki yang dinamakan "empat kaya", yakni mempunyai perniagaan atau pekerjaan berprestij, rumah, kereta dan gaji yang tinggi.

Zhang Yan, seorang mahasiswi di Guiyang Medical College, menuntut 200 ribu yuan atau sekitar 39,091 dolar untuk perkahwinan mereka. "Tidak peduli siapa orang itu. Selama dia bersedia memberiku 200 ribu yuan, aku akan berkahwin segera, "tulisnya di laman web tersebut.


Siaran televisyen tempatan menunjukkan petikan berita dari dirinya menerima wang yang diminta dari seorang lelaki muda. Bahkan ibunya bersetuju untuk urus niaga. tersebut. Dalam kes lain, seorang lelaki 54 tahun bernama Wang memulakan hubungan dengan seorang mahasiswa siswazah 24 tahun yang mendaftar di laman web itu, mencari seorang lelaki dengan sebuah rumah di Shanghai dan 1 juta yuan atau 195.458 dolar di bank ".

Banyak mahasiswi China saat ini menjadikan laman dating sebagai tempat mencari pasangan. Bahkan, para laki-laki muda di universiti tidak peduli kekasihnya suatu saat akan dilarikan orang lain demi wang. Sebab, sejak awal, mereka sudah sepakat untuk hal itu. Bahkan, lelaki muda pun mulai bertindak yang sama.

Terima kasih Telah Membaca Artikel Di tabekpuang.blogspot.com- Jika  Artikel Ini Dirasa Bermanfaat Tolong Share Kepada rakan-rakan Anda dan Like Page atau Follow Kami. 

0 Komentar untuk "Laman Web Jodoh China, Menawarkan Wanita Dari Kalangan Pelajar Sekolah dan Mahasiswa"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info