Polis bersenjata mengepung wanita Cina yang menelanjangi dirinya dan berbaring di depan ambulans. Langkah ini dilakukan untuk menghentikan kereta itu yang menghantar wanita pasangan curang suaminya menuju hospital.
Sebelumnya, wanita bernama Zhang Shih itu diduga melakukan penganiayaan atas jirannya, Wang Lu, dan putrinya yang berusia empat tahun. Wanita 38 tahun asal Linyi, Wilayah Shandong, China timur, ini mengesyaki Wang sebagai kekasih suaminya.
Ketika perkhidmatan kecemasan tiba untuk menolong Wang, dia melakukan apa saja untuk memastikan ambulans tak akan berlalu. Upaya verbal tak berhasil, dia pun membuka semua bajunya dan merebahkan diri betul-betul di depan ambulans.
"Semua orang berusaha mengusirnya dan membuat ambulans akan pergi melakukan penyelamatan," kata polis. Sang anak akhirnya maut dalam kejadian itu.
Sebelum kejadian, Zhang marah besar ketika mengesahkan kecurangan suaminya pada Wang. Dalam keadaan panas hati, ia melajukan keretanya dan melanggar Wang, yang ketika itu tengah berjalan bersama anak perempuannya.
Ibu dua anak ini kemudian berdiri menjaga dua mangsanya yang mengalami luka berat dan menghalau siapa pun yang cuba menolongnya. Dia bahkan menumbuk seorang paramedik yang merawat kanak-kanak Wang, yang kemudian meninggal kerana luka-lukanya.
Zhang, seorang guru sekolah asas, kini menghadapi tuduhan pembunuhan dan percubaan pembunuhan. Jika terbukti bersalah, ia menghadapi hukuman mati.
0 Komentar untuk "Wanita Ini Berbaring Tanpa Pakaian Di Atas Jalan Demi Menghalang Ambulans"